fbpx
Now Reading
Nak Pantau Makhluk Asing, Pentagon AS Tubuh Pejabat UFO

Nak Pantau Makhluk Asing, Pentagon AS Tubuh Pejabat UFO

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ramai pasti bersetuju kalau kami katakan rakyat negara Amerika Syarikat (AS) cukup obses dengan isu membabitkan alien dan objek tidak dikenali (UFO).

Malah dari dahulu lagi mereka gemar menghasilkan filem Sci-Fi bercirikan makhluk asing hingga ada yang bergurau mengatakan UFO lebih memilih untuk ke sana berbanding negara-negara lain.

Namun obsesi mereka tidak berhenti di situ sahaja, beberapa agensi mereka khususnya Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (DOD) cukup memandang serius dalam hal membabitkan UFO.

Ini kerana negara itu sejak di era 40-an lagi sudah berdepan aduan dari rakyatnya baik di kalangan orang awam hinggalah ke anggota keselamatan mengenai penampakan UFO yang berlegar-legar di ruang udara.

Lebih mengejutkan apabila data yang dikongsikan kerajaan pada Jun lalu menunjukkan terdapat 144 kes yang dilaporkan kepada pegawai kerajaan AS mengenai penampakan UFO di sana dari 2004 hingalah ke 2021.

Apa yang membimbangkan mereka ialah kebanyaka darinya masih lagi gagal dikenal pasti sehingga ke hari ini.

Terbaharu , kerajaan Amerika Syarikat memaklumkan mereka kini mahukan lebih banyak maklumat mengenai isu.

Justeru kongres mereka bersetuju membangunkan satu program baharu yang dinamakan sebagai Airborne Object Identification and Management Synchronization Group atau diringkaskan sebagai ‘Pejabat UFO’ seperti yang dilaporkan Reuters.

Keputusan ini diambil tidak sampai 7 bulan selepas kebocoran maklumat sulit milik Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat pada April lalu mengenai penampakan UFO di San Diego yang berjaya dirakam juruterbang tentera mereka.

Menurut Pentagon, Pejabat UFO ini yang akan menggantikan tugas  U.S. Navy’s Unidentified Aerial Phenomena Task Force, difahamkan bertanggungjawab mengesan, mengenal pasti serta menilai dan mengurangkan sebarang ancaman oleh UFO.

Difahamkan pasukan ini akan diberikan kuasa untuk menggunakan sebarang sumber, keupayaan, aset milik Jabatan dan komuniti perisikan.

Menurut Timbalan Setiausaha Pertahanan, Kathleen Hicks kewujudan fenomena udara yang belum dikenal pasti atau Unidentified Aerial Phenomena (UAP) ini di kawasan udara terlarang milik tentera membahayakan nyawa juruterbang dan krew sekaligus menimbulan kebimbangan keselamatan negara.

Foto kredit : Pixabay/ ELG21

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.