fbpx
Now Reading
Tinjauan Di UK Dapati Pemandu Kereta BMW & Audi Lebih Cenderung Menjadi Psikopat

Tinjauan Di UK Dapati Pemandu Kereta BMW & Audi Lebih Cenderung Menjadi Psikopat

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bunyi macam tak masuk akal, malah pasti menaikkan kemarahan mereka yang memandu kereta dari jenis BMW dan Audi bukan?

Namun itulah keputusan soal selidik yang dilakukan sebuah firma di United Kingdom (UK) yang mendapati pemandu kenderaan dari Jerman iaitu BMW dan Audi adalah lebih cenderung menjadi seorang psychopath.

Kajian ini difahamkan melibatkan 2000 responden yang terdiri dari pemilik pelbagai kenderaan dari kalangan rakyat Britain dan telah dilakukan pada sekitar November lalu.

Menerusi kajian tersebut, tiga pemandu kenderaan yang paling berpotensi menjadi Psikopat adalah pemilik BMW, Audi dan juga Fiat.

Foto : Quora

Manakala pemandu kereta Kia dan Skodas merupakan yang paling kurang kecederungannya untuk menjadi Psikopat.

Bagaimana kajian dilakukan?

Menerusi kajian yang dilakukan syarikat penyelidik pasaran, 3Gems bersama Scrap Car Comparison akan menentukan psikopat seseorang pemandu menerusi 12 soalan utama.

Lebih tinggi markah yang dikumpul, maka lebih tinggilah potensi seseorang itu untuk mempunyai ciri-ciri individu psikopat seperti kurang empati, narsistik ego yang tinggi, keperibadian yang mempesona dan pelbagai lagi.

Hasil tinjauan agak mengejutkan apabila majoriti 10 pemandu teratas dilihat mempunyai skor yang hampir sama iaitu sekitar 5.3 – 6.4 iaitu purata 66.3/36 sedangkan pemandu BMW mencatatkan markah hampir dua kali ganda iaitu 12.1.

Pemandu Audi pula berada di tempat kedua tertinggi dengan markah 11.7 meninggalkan jauh pemandu Fiat di tempat ke-3 (7.0)

Top 10 Skor kecenderungan menjadi psikotpat

Pemandu kereta berwarna Emas & Coklat turut berpotensi menjadi Psikopat

Tidak berhenti di situ sahaja, mereka turut melakukan kajian soal selidik menerusi warna kereta dan mendapati pemandu dengan warga gold (12.7/36) dan juga coklat (12.2/36) paling cenderung untuk menjadi psychopath.

Pemandu warna hijau melengkapkan senarai top 3 dengan skor 8.5/36

Namun menerusi laporan lama, pihak 3Gem mengingatkan bahawa seorang pun dari semua 2000 responden yang terlibat mempunyai skor yang cukup tinggi untuk mencadangkan mereka mempunyai ciri-ciri yang jelas sebagai seorang psikopat. Menurut mereka lagi : ” Psikopat adalah keadaan yang menjejaskan kehidupan, oleh itu ia harus dipandang serius”

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.