“Hati Tak Tenteram Kerana Banjir, Saya Beli Tiket & Terus Balik” – Faizal Azumu
Menurut laporan tersebut, Faizal Azumu menjelaskan yang dia hanya berada di Dubai selama 12 jam sebelum berlepas pulang.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Umum mengetahui Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini telah mengarahkan anggota kabinet yang sedang berada di luar negara dan yang sedang bercuti untuk membatalkan percutian mereka.
Keputusan itu diambil ekoran dari bencana banjir yang teruk melanda beberapa negeri di Semenanjung Malaysia.
Antara menteri yang difahamkan berada di luar negara adalah Menteri Belia & Sukan (KBS), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.
Namun menurut Malaysiakini yang memetik UtusanTV, Ahmad Faizal dikhabarkan sudah berada di tanah air dan sedang menjalani kuarantin.
Berada di Dubai hanya selama 12 jam
Menerusi laporan tersebut, Ahmad Faizal yang lebih mesra dengan panggilan Peja menjelaskan yang dia sebenarnya berada di Dubai namun hanya untuk tempoh temph yang singkat.
Dia yang memohon cuti pada untuk bertemu anak-anaknya di United Kingdom (UK) bagaimanapun terpaksa menukar rancangan dan bertemu mereka di Dubai ekoran dari kes jangkitan Omicron yang begitu tinggi di sana.
Walaubagaimanapun, tidak sampai 12 jam di sana, Timbalan Presiden Bersatu itu tekad menukar rancangannnya dan terus pulang ke Malaysia kerana khuatir dengan bencana banjir yang masih belum pulih.
“Memang saya ada mohon cuti dan bila diluluskan, saya ke Dubai pada hari Rabu lalu untuk bertemu anak-anak.
“Namun begitu, melihatkan kepada keadaan banjir yang melanda negara, hati saya jadi tak tenteram. Jadi, saya buat keputusan untuk beli tiket pulang hanya selepas kira-kira 12 jam berada di sana.
Menurut laporan UtusanTV lagi, Faizal kemudian berlepas pulang ke Kuala Lumpur pada 8 pagi Khamis sebelum arahan pulang dikeluarkan oleh perdana menteri.
Mengakui memahami kekecewaan dan penderitaan ditanggung rakyat, Ahli Parlimen Tambun itu dalam masa sama turut memohon maaf kepada orang ramai.
“Saya tahu saya penjawat awam, saya sedar kepentingan rakyat lebih didahulukan. Itu pengorbanan yang perlu dibuat.
“Saya minta maaf, saya mengaku ada banyak kelemahan. Walaupun saya menteri dan tidak sempurna tetapi tidak sampai tahap mahu menyisihkan rakyat. Saya faham semua penderitaan kerana saya juga pernah berada dalam situasi sukar. Tiada kerja dan sebagainya,”
Dia turut memaklumkan telah mengadakan mesyuarat virtual sebaik tiba bagi menggerakkan sukarelawan KBS untuk membantu mangsa pasca banjir.