fbpx
Now Reading
“Kita Dok Fikir Bantu Mangsa Banjir, Bila Nak Fikir Cara Basmi Banjir?” -Kazar

“Kita Dok Fikir Bantu Mangsa Banjir, Bila Nak Fikir Cara Basmi Banjir?” -Kazar

Dia dalam masa sama turut berkongsi video sebuah institusi di Amerika Syarikat yang menganjurkan pertandingan bangunan kalis gempa.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui beberapa negeri di Malaysia telah dilanda bencana banjir teruk sejak penghujung Disember lalu.

Ribuan orang terpaksa mendiami pusat pemindahan sementara (PPS) ekoran dari air yang terlalu tinggi hingga menenggelamkan rumah sekaligus menyebabkan banyak kerugian dan kemusnahan harta benda.

Musibah ini mendorong pelbagai pihak seperti syarikat korporat, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan orang perseorangan untuk berganding bahu membantu mangsa yang terkesan.

Namun semua bantuan ini tidak dapat membantu mereka dari segi kewangan memandangkan mangsa banjir pastinya berdepan banyak kerugian ekoran dari kemusnahan dan kerosakan harta benda termasuklah kereta, motor, perobot, peralatan elektrik dan juga elektronik.

Ini bermakna jalan terbaik adalah mengenal pasti solusi untuk mengelakkan kejadian sama berulang atau sekurang-kurangnya meminimakan impak bencana banjir terhadap orang ramai.

Mencegahkan lebih baik dari merawat.

Perkara sama turut dibangkitkan pelakon terkenal Kazar yang membandingkan nilai-nilai terkehadapan negara luar yang dilihat menitikberatkan aspek-aspek penting keselamatan dalam membangunkan sesuatu perkara.

Menerusi perkongsian tersebut dia turut berkongsi video sebuah institusi di Amerika Syarikat yang menganjurkan pertandingan bangunan kalis gempa.

“Orang lain dah lawan reka model bangunan kalis gempa, kita dok fikir bantu mangsa banjir je. Bila nak fikir cara basmi banjir?”

“Bukan lebuh raya, tapi lebuh puasa “

Dia dalam masa sama turut bertanya kepada pihak bertanggungjawab kenapa masih terdapat lebuh raya yang masih lagi menggunakan dua lorong antaranya lebuh raya dari Slim River ke utara.

“Bila nak fikir upgrade lebuh raya Slim River ke utara jadi tiga lorong? Kalau dua lorong bukan namanya lebuh raya, baru lebuh puasa je,” katanya secara berseloroh.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai netizen di mana rata-rata dilihat bersetuju dengan apa yang diutarakannya.

Malah ada yang membangkitkan isu sama mengenai laluan lebuh raya dari Ayer Keroh ke selatan yang turut menggunakan dua lorong.

Berikut antara komen yang diberikan netizen :

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.