fbpx
Now Reading
Nak Elak Daging Korban Rosak Punca Toyota Alphard Milik MP PAS Potong Di Garisan Berkembar

Nak Elak Daging Korban Rosak Punca Toyota Alphard Milik MP PAS Potong Di Garisan Berkembar

Polis juga telah mengeluarkan tindakan saman kepada pemandu kenderaan P 45 di bawah kesalahan R12(3)(A) LN167/59 iaitu memotong di garisan berkembar.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini tular di media sosial video memperlihatkan kenderaaan Toyota Alphard milik seorang Ahli Parlimen PAS yang melanggar peraturan jalan raya.

Menerusi video tular tersebut, kenderaan milik Ahli Parlimen Pangkalan Chepa, Datuk Ahmad Marzuk Shaary dilihat memotong beberapa kenderaan di hadapannya secara berbahaya.

Bukan itu sahaja dia juga dilihat memotong di garisan berkembar (double line) yang secara terang-terangan merupakan satu kesalahan lalu lintas.

Bukan pertama kali tular

Apa yang mencuri tumpuan, ini bukan kali pertama kereta Alphard hitam dengan nombor pendaftaran P 45 ini dirakam melakukan kesalahan sama.

Ia sebelum ini pernah disiasat oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana melakukan perkara sama di Chabang Tiga, Gong Dermin, Kelantan.

Baca artikel berkaitan: Memotong di Garisan Berkembar, Polis Siasat Toyota Alphard Hitam

Terbaharu Ketua Polis Daerah Setiu DSP Affandi Hussin memaklumkan siasatan pihak berkuasa mendapati ketika kejadian, kenderaan itu dipandu oleh pemandu Ahmad Marzuk iaitu seorang lelaki berusia 30 tahun.

Jelas Affandi, kejadian berlaku di Kilometer 67, Kampung Pak Kancil, Jalan Kuala Terengganu – Kota Bharu, Setiu pada 2 Julai lalu sekitar jam 3.30 petang ketika kenderaan itu sedang dalam perjalanan ke Kampung Sungai Merak Dalam, Bangi, Selangor dari Kelantan.

“Pada 3 Julai kira-kira jam 7 petang telah dikesan satu video di laman sosial Facebook yang telah ditularkan oleh pemilik akaun Facebook Abu Zaid Al-Harith.

“Video tersebut memaparkan sebuah kenderaan jenis Toyota Alphard berwarna hitam dengan nombor pendaftaran P 45 telah memotong kenderaan lain di garisan berkembar,” katanya dipetik MalaysiaKini.

Potong kerana nak elak daging korban rosak

Jelas beliau lagi, pemandu berkenaan bertindak memotong kenderaan lain di kawasan garisan berkembar kerana ingin segera sampai ke destinasi yang dituju bagi mengelakkan daging korban rosak.

Difahamkan Toyota Alphard itu sedang membawa daging korban yang dianggarkan berat lebih kurang 50 kilogram untuk diagihkan kepada penduduk sekitar kampung berkenaan.

Pemandu tersebut bagaimanapun sudah mengakui kesalahannya dan polis akan memanggilnya untuk rakaman percakapan pada hari ini ( 4 Julai).

“Polis juga telah mengeluarkan tindakan saman kepada pemandu kenderaan P 45 di bawah kesalahan R12(3)(A) LN167/59 iaitu memotong di garisan berkembar,” katanya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.