fbpx
Now Reading
MP Bukit Gantang Sedia Sokong PM Jika Dapat Peruntukan RM30 Juta

MP Bukit Gantang Sedia Sokong PM Jika Dapat Peruntukan RM30 Juta

Terdahulu, empat ahli parlimen BERSATU iaitu dari Jeli, Gua Musang, Kuala Kangsar dan Labuan telah menyatakan akan memberi sokongan penuh kepada kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pada 8 November yang lalu, kami ada melaporkan pengumuman dari Ahli Parlimen Gua Musang berhubung kenyataan beliau yang akan memberi sokongan sepenuhnya kepada kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Difahamkan, keputusan yang diambil adalah bagi memastikan kebajikan penduduk di kawasan seliaannya terjamin dan mendapat manfaat daripada kerajaan pusat.

Ini menjadikan keseluruhan empat Ahli Parlimen dari blok pembangkang yang menyatakan sokongan penuh terhadap kerajaan pimpinan Anwar.

Baca Artikel Berkaitan: MP Gua Musang Dari PN Umum Sokong PM Anwar, Dakwa Demi Bela Kebajikan Penduduk

Ahli Parlimen Bukit Gantang Sedia Sokong Jika Dapat Peruntukan Daripada PM

Terbaharu, Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal turut menyatakan kesediaan untuk memberi sokongan penuh terhadap Anwar.

Namun, sokongan itu hanya akan diberikan sekiranya permohonan beliau sebanyak RM30 juta bagi kawasannya diluluskan di bawah Belanjawan 2024.

“Saya dengan ikhlas menyampaikan suara pengundi dan penduduk Bukit Gantang, dengan hati yang ikhlas. Saya juga ingin melihat sejauh mana kerajaan Madani ini adil dalam memberikan peruntukan.

“Saya memohon jika saya mendapat peruntukan untuk membangunkan kawasan saya, saya akan beri sokongan kepada Datuk Seri dan kerajaan Madani,” kata beliau ketika membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2024 Peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah di Dewan Rakyat semalam (9 November).

Peruntukan Merangkumi Pembangunan Di Kawasan Parlimen

Menurut Syed Abu Hussin, peruntukan itu merangkumi kerja penyelenggaraan Tabika Kemas berjumlah RM1.05 juta, pembangunan ekonomi komuniti dengan jumlah RM90,000 dan kemudahan ameniti sosial dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM3 juta.

Malah, beliau turut memohon peruntukan sebanyak RM16 juta bagi pemasangan lampu jalan kampung dan jalan luar bandar serta pembangunan desa di kawasan Parlimen yang mempunyai tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) dan lima mukim.

Terdahulu, empat ahli parlimen BERSATU iaitu dari Jeli, Gua Musang, Kuala Kangsar dan Labuan telah menyatakan akan memberi sokongan penuh kepada kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ianya bermula dengan Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) pada 12 Oktober lalu, diikuti Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (Labuan) pada 30 Oktober lalu, Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), dan Zahari Kechik (Jeli), semalam (9 November).

Jika ia menjadi kenyataan, maka Syed Abu Hussin akan menjadi ahli pembangkang kelima yang akan menyokong kerajaan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.