fbpx
Now Reading
MP Gua Musang Dari PN Umum Sokong PM Anwar, Dakwa Demi Bela Kebajikan Penduduk

MP Gua Musang Dari PN Umum Sokong PM Anwar, Dakwa Demi Bela Kebajikan Penduduk

MP Gua Musang, Mohd Azizi juga berkata dia tidak berniat untuk keluar atau mengkhianati Bersatu, namun hanya ingin memastikan kawasan terbabit seiring dengan pemerintahan Kerajaan Persekutuan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ahli Parlimen Gua Musang, Mohd. Azizi Abu Naim daripada Perikatan Nasional (PN) mengisytiharkan untuk memberi sokongan penuh kepada kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perkara itu dimaklumkan oleh Mohd. Azizi yang juga Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Gua Musang menerusi satu hantaran yang dibuat naik di laman media sosial rasminya semalam (7 November).

Ingin kebajikan penduduk Gua Musang terbela dan dapat pelbagai manfaat

Mohd Azizi berkata, keputusan itu bertujuan untuk memastikan kebajikan penduduk di kawasan Gua Musang akan terbela dan terus mendapat pelbagai manfaat termasuk peningkatan kemudahan infrastruktur.

Menurutnya yang juga Ahli Dewan Udangan Negeri (ADUN) Nenggiri, perkara tersebut yang dipohon untuk dilaksanakan di Parlimen Gua Musang dalam tempoh penggal perkhidmatan beliau di kawasan terbabit.

“Saya juga ingin menyatakan sokongan kepada inisiatif-inisiatif kerajaan mengutamakan kebajikan rakyat negara ini sehingga pilihan raya umum akan datang.

“Sejujurnya, saya tidak berniat untuk keluar atau mengkhianati Bersatu. Demi memastikan Parlimen Gua Musang seiring dengan pemerintahan persekutuan, adalah wajar untuk saya bersama dalam saf kepimpinan Putrajaya yang diketuai Anwar.

“Buat masyarakat Gua Musang yang sangat saya kasihi, marilah kita sama-sama berdoa semoga Allah SWT sentiasa memberkati bumi bertuah Gua Musang dan kita semua mendapat limpahan pembangunan seperti diharapkan,” katanya.

UMNO Kelantan sifatkan hanya taktik untuk dapat peruntukan dan projek

Sementara itu, UMNO Kelantan menyifatkan tindakan Mohd. Azizi yang menyatakan sokongannya kepada Anwar hanyalah taktik untuk mendapatkan peruntukan dan projek.

Timbalan Ketua Penerangan UMNO Kelantan, Noor Hariri Mohamed Noor berkata, pihaknya tidak terkejut dengan pengumuman yang dibuat Mohd. Azizi malam tadi dengan menggunakan alasan demi rakyat, lapor Harian Metro.

PRU15 Mohd Azizi berjaya kalahkan Ku Li di Gua Musang

Terdahulu, pada Pilihan Raya Umum Ke-15 yang lalu, Mohd. Azizi yang bertanding atas tiket PAS berjaya mengalahkan penyandang kerusi Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li daripada Barisan Nasional (BN).

Mohd. Azizi menang tipis dengan majoriti sebanyak 163 undi di kawasan yang dipegang oleh Ku Li selama 10 penggal.

Untuk info, selain Mohd. Azizi, dua lagi ahli parlimen dari PN sudah mengisytiharkan menyokong Anwar iaitu Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain dan Ahli Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.