fbpx
Now Reading
PRN: Calon PN Seberang Jaya Dakwa Pihak Lawan Edar Seakan Kertas Undi

PRN: Calon PN Seberang Jaya Dakwa Pihak Lawan Edar Seakan Kertas Undi

Menurut Izhar, tindakan itu menyalahi Seksyen 3(1)(j) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Calon Perikatan Nasional (PN) bagi Dewan Undang Negeri (DUN) Seberang Jaya iaitu Izhar Shah Arif Shah mendakwa pihak lawannya melanggar peraturan ketika hari mengundi Pilihan Raya Negeri (PRN) berlangsung hari ini (12 Ogos).

Menerusi hantaran yang dikongsikan di Facebook, Izhar mendakwa tindakan pihak lawan iaitu Pakatan Harapan (PH) mengedarkan cetakan kertas yang kelihatan seperti kertas undi kepada orang ramai.

“Saya amat kecewa dan terkilan apabila mendapati ada barung atau khemah milik PH memiliki dan/atau mengedarkan cetakan berupa kertas undi termasuklah di Sekolah Kebangsaan Pauh Jaya.

“Perbuatan kotor ini adalah amat jelas menyalahi Seksyen 3(1)(j) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954,” luah Izhar.

Dakwanya lagi tindakan itu umpama berkempen di luar tempoh berkempen yang sekaligus menyalahi Seksyen 24B Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Izhar dalam pada itu memohon agar pihak penyokong PN dan juga ejen mengundi dan mengira untuk memberi sepenuh perhatian dalam melawan tindakan yang menyalahi undang-undang.

“Kita lawan kezaliman,” katanya.

Tambahnya lagi, satu laporan polis berhubung kejadian itu telah dibuat oleh ejen calon pada pukul 1.35 petang tadi di Ibu Pejabat Daerah Bandar Perda.

Pun begitu menerusi gambar yang dikongsikan, tidak terdapat sebarang cetakan seperti nombor siri pengundi pada kertas itu sebaliknya hanya tertera nama calon, logo parti dan kawasan iaitu DUN N.10 Seberang Jaya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.