fbpx
Now Reading
‘Menyusahkan Orang’ – Sesak Dengan Kaki OOTD, Polis Serbu Stesen Minyak Tular Di Genting Highlands

‘Menyusahkan Orang’ – Sesak Dengan Kaki OOTD, Polis Serbu Stesen Minyak Tular Di Genting Highlands

Tindakan mereka juga disifatkan berbahaya kerana penggunaan peranti elektronik di stesen minyak boleh menyebabkan berlakunya kebakaran.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Mereka yang pernah atau selalu ke Genting Highlands pasti tahu kewujudan satu-satunya stesen minyak di puncak kawasan tanah tinggi tersebut.

Namun lokasi stesen minyak tersebut mula tular dan menjadi tumpuan orang ramai dan kaki OOTD sejak penghujung tahun lau selepas tular beberapa foto memperlihatkan suasana luar biasa di kawasan berkenaan yang diliputi kabus tebal selain diserikan limpahan warna biru dan merah.

Foto : FB  Muhd Azran Malek

Sejak itu, lokasi berkenaan mula sesak dengan pengunjung khususnya geng OOTD yang sanggup datang dari jauh semata-mata untuk bergambar.

Keadaan ini bagaimanapun menimbukan kesukaran kepada orang ramai dan pengunjung taman tema berkenaan yang ingin mengisi minyak.

Terbaharu seorang pengguna TikTok, AmmarRawr telah berkongsi satu video memperlihatkan stesen minyak tersebut diserbu oleh pihak polis dipecayai untuk menyuraikan orang ramai yang berkumpul di kawasan berkenaan.

@ammarawr_ #ad Kena halau 😂 #fyp #ad #xyzbca ♬ bunyi asal – Nies🦋

Jelas di awal video, terdapat puluhan kereta yang diletakkan di hadapan stesen minyak tular itu. Namun sebaik kamera dipusingkan suasana di dalam stesen sudah kosong di mana hanya kereta terdapat sebuah kereta peronda polis dengan lampu beacon (lampu mata arah) yang dinyalakan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyuarakan kekesalan mereka dengan sikap pengunjung di sana yang disifatkan sebagai mementingkan diri.

Ini kerana mereka bukan sahaja menyukarkan pengunjung yang ingin mengisi minyak, malahan tindakan mereka sebenarnya berbahaya kerana penggunaan peranti elektronik di stesen minyak boleh menyebabkan berlakunya kebakaran.

Malah ada yang mendakwa kehadiran polis di sana selepas mereka menerima panggilan dari pemilik stesen minyak berkenaan yang tidak mahu premisnya sesak sekaligus menyukarkan pelanggan untuk masuk.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.