Kecewa Ex Girlfriend Ada Kekasih Baru Punca Lelaki Di Perlis Bakar Diri Sendiri
Dia sebelum ini pernah cuba untuk membunuh diri sebanyak dua kali iaitu pada Januari dan Selasa lalu namun berjaya diselamatkan keluarga.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
[Kemaskini] – Mangsa dilaporkan sudah meninggal dunia. Menerusi laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew berkata maklumat mengenai waktu kematian mangsa bagaimanapun tidak diberitahu kepada polis.
Sejak awal pagi, tular di media sosial satu klip video memperlihatkan seorang lelaki sedang berjalan dalam keadaan seluruh badannya terbakar berhampiran Jambatan Jalan Baru Kampung Syed Omar, Bintong, Kangar.
Menerusi rakaman sama, dapat dilihat kereta Perodua Axia milik lelaki berkenaan turut dijilat api menyebabkan rata-rata netizen tertanya-tanya apa sebenarnya yang terjadi selain bersimpati dengan nasib malang yang menimpa mangsa.
Laporan awal media mengatakan mangsa yang melecur teruk kemudian telah dikejarkan Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Tuanku Fauziah untuk rawatan lanjut.
Baca artikel berkaitan : Lelaki Di Perlis Melecur Hampir Seluruh Badan Gara-Gara Kereta Terbakar Di Tepi Jalan
Bakar diri sendiri dalam kereta
Namun menurut laporan Harian Metro, insiden sebenarnya berpunca apabila mangsa cuba membunuh diri dengan membakar dirinya sendiri di dalam kereta.
Dia bertindak sedemikian kerana dipercayai kecewa dengan tindakan bekas teman wanitanya yang sudah mempunyai kekasih baru.
Menurut Ketua Polis Daerah Kangar Superitendan Wari Kiew, pihaknya menerima panggilan daripada seorang pekerja kilang papan berusia 38 tahun pada jam 8.49 malam yang memaklumkan terdapat kereta terbakar serta seorang lelaki di dalam kenderaan.
Namun sebaik tiba di sana, mereka mendapati lelaki itu sudah melecur hampir 96% selepas membakar diri dalam kereta tersebut.
“Seorang orang awam kemudian memberhentikan kereta di belakang kereta yang sedang terbakar dan ternampak seorang lelaki dalam keadaan terbakar pada badan berjalan ke arah keretanya.
“Saksi kemudian keluar dari kereta dan menenangkan lelaki serta memadamkan kebakaran pada badan mangsa sebelum menghubungi pihak berkuasa untuk mendapatkan bantuan.
“Anggota bomba yang tiba di lokasi kejadian berjaya memadamkan kebakaran pada kereta mangsa dan mangsa dibawa ke Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar untuk mendapatkan rawatan,” kata beliau dalam satu kenyataan.
Seorang pesakit psikiatri dan pernah dua kali cuba bunuh diri
Polis yang menjalankan siasatan kemudian mendapati mangsa yang berusia 28 tahun dan menetap di Kangar merupakan seorang pesakit psikiatri yang masih menjalani rawatan.
Dia sebelum ini pernah cuba untuk membunuh diri sebanyak dua kali iaitu pada selasa lalu dan Januari namun berjaya diselamatkan keluarga.
“Menurut bapa mangsa, mangsa adalah seorang pesakit psikiatri yang masih menerima rawatan sebagai pesakit luar di Jabatan Psikiatri HTF. Punca mangsa cuba membunuh diri dipercayai kecewa dengan tindakan bekas teman wanitanya yang sudah mempunyai kekasih baru.”
Turut minum petrol pada malam kejadian
Tambah beliau, bapa mangsa juga ada memaklumkan kepada polis bahawa anaknya meminum petrol pada 8.45 malam sebelum keluar rumah menaiki keretanya.
Dia yang curiga kemudian membuat laporan di Balai Polis Kangar kerana percaya mangsa cuba membunuh diri sekali lagi.
“Apabila sampai di balai polis, pihak polis memaklumkan menjumpai sebuah kereta dalam keadaan terbakar di atas jambatan Kampung Syed Omar, Kangar. Bapa mangsa kemudian pergi ke tempat kejadian dan mengesahkan kereta yang terbakar adalah milik mangsa.”
Sudah meninggal dunia
Dalam pada itu, Sinar Harian melaporkan mangsa sudah pun meninggal dunia. Perkara itu dikongsikan Superitendan Wari Kiew kepada media pada khamis.
Baca artikel di sini : Lelaki Terbakar 96% Di Perlis Sudah Meninggal Dunia
Talian bantuan
Sekadar info bersama, sekiranya anda atau sesiapa sahaja yang anda kenali mempunyai masalah menguruskan kesihatan mental, hubungi nombor-nombor di bawah yang mungkin dapat membantu masalah tersebut:
Malaysian Mental Health Association (MMHA)
+6032780 6803
E-mail: admin@mmha.org.my
Laman web: https://mmha.org.my/
BEFRIENDERS
KL: +6 03 7956 8145 (24 jam),
Ipoh: +6 05 547 7933 (4pm to 11pm)
Penang: +6 04 281 5161 (3pm to midnight)
E-Mail: sam@befrienders.org.my
Laman web: https://www.befrienders.org.my/
All Women’s Action Society (AWAM) @Telenita
+6 03 7877 0224
E-Mail: awam@awam.org.my
Laman web: https://www.awam.org.my