fbpx
Now Reading
Dapat Mi Segera Sebagai Hadiah Kahwin, Pengantin ‘Akur’ Dengan Gurauan Rakan-Rakan [Video]

Dapat Mi Segera Sebagai Hadiah Kahwin, Pengantin ‘Akur’ Dengan Gurauan Rakan-Rakan [Video]

Jarang-jarang orang bagi hadiah kahwin mi segera, tapi idea ini bagus juga untuk bagi kawan-kawan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Amalan memberikan hadiah kepada rakan yang baru sahaja mendirikan rumah tangga adalah sesuatu perkara yang normal di kalangan masyarakat kita.

Malah ada juga yang mengambil kesempatan ini untuk memberikan hadiah seperti perkakas rumah bagi membantu pasangan yang baru sahaja memulakan kehidupan bersama.

Namun, tidak terkecuali ada juga rakan-rakan yang mahu bergurau dengan memberi hadiah yang luar dari jangkaan pengantin.

Gurauan seperti ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai @axyraf_ yang memuat naik satu video menunjukkan gelagat rakan-rakannya yang mengusik pengantin perempuan dengan memberikan beberapa bungkusan mi segera.

Sorang beri satu bungkusan mi segera

Bukan itu sahaja, menerusi kapsyen @axyraf_ , disebabkan pengantin perempuan gemar makan mi segera, maka setiap seorang daripada mereka memberikan sebungkus mi segera daripada pelbagai jenama serta perisa.

Selain mi segera, beberapa rakan mereka turut dilihat menghulurkan hadiah lain kepada pengantin lelaki. Meskipun tidak berapa kelihatan, namun ramai percaya ianya adalah ‘duit salam’.

Meninjau di ruangan komentar, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat rakan-rakannya itu.

Tiap hari makan mi segera je sampai habis

Ada yang menyatakan sekiranya merekalah pengantin itu pasti bahagia kerana dapat mi segera sebagai hadiah, ada juga yang memuji keakraban pengantin lelaki dengan rakannya melalui video tersebut.

 Stok mi segera untuk sebulan

Tidak kurang juga ada yang mengucapkan tahniah serta mendoakan pasangan ini bahagia hingga ke jannah.

Jarang tengok lelaki laga pipi selalunya perempuan je

Setakat ini, video tersebut telah mendapat sebanyak 885.1 ribu tontonan, 126.3 tanda suka, 1712 komen serta 2005 perkongsian di TikTok.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.