fbpx
Now Reading
Wanita Teruja Jumpa Muzium Koleksi Barangan McDonald’s Di Alor Setar

Wanita Teruja Jumpa Muzium Koleksi Barangan McDonald’s Di Alor Setar

Apabila lihat koleksi-koleksi ni teringat mainan yang kita dapat setiap kali beli Happy Meals di McDonald’s.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Jika ke Alor Setar pasti kita akan melawat banyak tempat-tempat bersejarah seperti Rumah Merdeka, Rumah Kelahiran Tun Dr.Mahathir, Menara Alor Setar serta banyak lagi.

Namun, anda mungkin tidak tahu bahawa di Alor Setar juga terdapat Muzium Koleksi Barangan Mainan (Fast Food) di mana di muzium ini terdapat pelbagai koleksi barangan McDonald’s.

Baru-baru ini, tular di media sosial apabila seorang wanita di laman Twitter iaitu @neyrashazeyra atau lebih dikenali sebagai Neyra telah berkongsikan keterujaanya ke muzium berkenaan.

Ramai orang Alor Setar tak tahu muzium ini

Menurut Zeyra, tidak ramai orang di Alor Setar tahu akan muzium ini termasuklah dirinya yang berasal dari kawasan tersebut, rata-rata yang hadir adalah orang dari negeri lain.

“Saya nampak kawan saya dari Penang datang ke muzium ini, dia adalah seorang pengumpul barangan mainan,” katanya kepada BuzzKini.

Koleksi McDonald’s telah dikumpul daripada zaman bapa sehingga kini

“Semua koleksi McDonald’s ini telah dikumpul oleh bapa pemilik muzium itu sehinggalah ke koleksi yang terkini.

“Di sini anda boleh lihat baju uniform pertama yang dipakai McDonald’s Malaysia, koleksi Happy Meals pertama, menu pertama, bungkusan-bungkusan sos serta macam-macam lagi,” ciapnya di Twitter.

Bukan itu sahaja, pengunjung yang  datang juga boleh melihat harga yang ditawarkan pada zaman dahulu sangat berbeza dengan zaman sekarang.

Cenderamata pertama McDonald’s di Malaysia

Selain itu, beliau turut menunjukkan cenderamata pertama yang dikeluarkan oleh McDonald’s di Malaysia pada tahun 1982 iaitu Coca-Cola McDonald’s Steel Can serta kotak pertama Happy Meals yang didatangkan dengan mainan Space Aliens 1979.

Foto: Twitter Neyra

“Seterusnya, anda dapat melihat bungkusan-bungkusan burger daripada zaman dahulu hingga kini. Dalam hati rasa kagum jugak aku dengan uncle ni sebab sampai sudu dan tisu pun dia buat koleksi juga.

“Dan apabila diterangkan barulah aku tahu sudu dan tisu itu juga ada perubahan pada setiap beberapa tahun, contohnya seperti saiz dan simbol McD.

“Jika anda rasa sudu dan tisu adalah satu koleksi yang gila, muzium ini turut mempamerkan koleksi sos yang dimiliki oleh McD,” kata Neyra lagi.

Koleksi di muzium itu bukan sahaja dari Malaysia malah ada juga dari negara lain

Tambahnya, koleksi yang ada di dalam muzium berkenaan bukan hanya dari Malaysia tetapi ada juga yang didapatkan dari luar negara seperti Thailand, Indonesia dan negara-negara lain.

Menerusi koleksi yang dipamer ini dapat dilihat perubahan pada sesuatu produk atau barangan yang dihasilkan itu telah berubah mengikut zaman seperti reka bentuk wajah Ronald Mcdonald’s.

Selain itu, McDonald’s yang juga terkenal dengan kolaborasi mainan Happy Meals dan sering menampilkan pelbagai kartun popular seperti Barbie, Winnie The Pooh, Power ranger serta lain-lain juga dapat dilihat di muzium ini.

BTS Meals ada tak?

“Mestilah ada malah uncle ini juga mempunyai BTS Meals versi Hong Kong, sos nugget juga tidak dibuka,” tulis Neyra.

Baca artikel berikut : Laku Keras! Jom Kita Tengok Apa Sebenarnya Yang Korang Dapat Dengan Pembelian McD BTS Meal

Pada 2021 McDonald’s telah membuat satu kolaborasi bersama dengan kumpulan K-pop terkenal iaitu BTS dan pada ketika itu peminat-peminat yang mengilai mereka tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan koleksi ini.

Neyra berkata muzium ini memiliki lebih daripada 70,000 koleksi barangan McDonald’s Malaysia.

Muzium ini dibuka pada setiap hari

Berminat untuk berkunjung ke sini Top Fast Food Toy Collection. Semak infonya di bawah :

Alamat : 2521 Pekan Pumpong Alor Setar
Waktu Operasi : 10am -7pm Setiap Hari
Bayaran :RM10 (orang dewasa)

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.