
Apps Hijrah Diri Milik JAKIM Dialih Keluar dari Google Play, Menteri Agama Luah Rasa Dukacita
Menteri Agama bagaimanapun sudah mengarahkan JAKIM untuk berhubung dengan SKMM bagi mendapatkan penjelasan dan tindakan lanjut.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sekitar 9 Mac lalu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menerusi satu ciapan di Twitter telah mempromosikan satu aplikasi bernama Hijrah Diri.
Aplikasi ini yang sudah dilancarkan sejak 2016 secara amnya dibina untuk membantu golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di negara kita agar kembali kepada fitrah.
Namun menurut JAKIM, aplikasi itu buat masa ini hanya boleh dimuat turut di Google Play Store khusus untuk pengguna Android sahaja.
Hijrah Diri ialah sebuah aplikasi inisiatif JAKIM bersama Yayasan Ihtimam Malaysia untuk bantu golongan LGBT kembali kepada fitrah.
— JAKIM (@MyJAKIM) March 9, 2022
Buat masa ini hanya ada di Google Play Store.
Untuk muat turun, sil klik pautan di https://t.co/VjGJ7fsfIV pic.twitter.com/KJ7koDZ2M4
Digantung oleh Google
Siapa menyangka, tidak sampai beberapa hari hantaran tersebut dilakukan, aplikasi ini dilaporkan sudah dikeluarkan oleh Google Play.
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad, dia mengetahui perkara tersebut selepas dimaklumkan oleh agensi di bawah Hal Ehwal Agama.
Mengakui kecewa dengan perkara tersebut, Idris bagaimanapun menjelaskan bahawa beliau sudah mengarahkan JAKIM untuk berhubung dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi mendapatkan penjelasan dan tindakan lanjut.
“Saya mengarahkan Jakim untuk berhubung dengan SKMM untuk mendapatkan penjelasan dan tindakan lanjut.
“Kita mohon doa semua umat Islam dan rakyat Malaysia agar usaha kecil Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) melalui agensi utama iaitu Jakim untuk mengajak manusia kembali kepada Allah dipermudahkan.
“Ini cabaran besar kita dan mari kita tempuh bersama,” kata Idris.
Didakwa langgar garis panduan?
Menerusi laporan The Guardian, Google mendedahkan aplikasi ini telah melanggar garis panduan platformnya.
“Apabila kami diberikan amaran berhubung sesuatu aplikasi, kami akan menyiasat perkara itu berdasarkan dasar Play Store kami. Jika ada pelanggaran (garis panduan), kami mengambil tindakan sewajarnya demi mengekalkan rasa percaya (trusted experience) untuk semua.”
Google
Carian kami di Twitter mendapati memang ada beberapa pengguna tempatan yang mengakui telah membuat laporan berhubung isu privasi dan sekuriti di dalam aplikasi berkenaan.
dah nama ebook buat apa nak buat app? pdf dah ler
— Haris (@harisbinali) March 10, 2022
kenapa ebook nak camera, mic, WiFi, and location permissions pulak?
flagged on the play store as inappropriate https://t.co/UMdT1V1xxc pic.twitter.com/SOKO2SbJUj
Ada juga buat laporan kerana mendakwa aplikasi ini sebarkan kebencian
Tidak kurang juga segelintir yang membuat laporan kerana merasakan aplikasi itu menyebarkan kebencian kepada golongan berkenaan.

“Ada JAKIM paksa download?”
Namun ada yang merasakan ia tidak sepatutnya dijadikan isu kerana aplikasi ini bukanlah wajib dimuat turun oleh semua pihak selain permintaan menjejak lokasi dan kamera ini turut dilakukan banyak aplikasi lain.
Ada jakim paksa suruh download ke..apps lain mcm tu hg download pulak.. security my ass la
— 🏴mat gon🇵🇸🇵🇸🇵🇸🇵🇸🇵🇸 (@mcdragonov) March 11, 2022