fbpx
Now Reading
“Kami Baru Sahaja Berkahwin”- Netizen Pilu Lihat Wanita Ini Terpaksa Buang Rahim Akibat Fibroid [Video]

“Kami Baru Sahaja Berkahwin”- Netizen Pilu Lihat Wanita Ini Terpaksa Buang Rahim Akibat Fibroid [Video]

Suami wanita itu turut memohon agar mereka dapat mengharungi ujian ini dengan tabah.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap pasangan yang berkahwin pasti mempunyai impian untuk mempunyai zuriat sendiri, kerana anak itu dikatakan sebagai pengikat kasih sayang antara suami isteri.

Akan tetapi, tidak semua pasangan mempunyai peluang untuk memilik cahaya mata seperti yang diimpikan.

Kisah ini sama seperti yang dikongsikan oleh seorang pengguna di TikTok iaitu @reenaSuhaimi apabila dia terpaksa untuk mengikut saranan doktor untuk membuang rahimnya akibat sakit yang dialami.

@rena_baik

#Histerektomi subtotal. Dugaan perkahwinan.Tempuhi bersama✅#buangrahim #fyp

♬ Cinta Sampai Mati – Raffa Affar

Mengalami penyakit fibroid sehingga pendarahan

Setelah melakukan pemeriksaan ke atas dirinya, dia dimaklumkan oleh doktor bahawa dia mempunyai penyakit fibroid sehingga menyebabkan dia mengalami pendarahan.

Oleh itu, doktor menyarankan untuk melakukan pembedahan bagi membuang rahimnya.

Akur untuk buat pembedahan seperti saranan doktor

Dia kemudian akur dengan saranan yang diberikan oleh doktor tersebut meskipun baru sahaja membina mahligai bersama suami tercinta, dan berharap agar suaminya itu sentiasa berada di sisi dalam susah dan senang walaupun tahu dia sudah tidak dapat melahirkan anak.

“Kami baru sahaja bernikah. Tiba-tiba doktor kata aku kena buang rahim aku.

“Semoga kami kuat menempuhi dugaan ini bersama-sama,” katanya.

Menerusi laporan Kosmo, @reenaSuhaimi yang sebelum ini sering mengalami pendarahan yang teruk serta berketul-ketul hingga menyebabkan dia mengalami masalah kekurangan sel darah merah dalam badan.

“Darah selalu keluar tak henti-henti sehingga tekanan darah dalam badan rendah serta keluar darah berketul-ketul sampai anemia, jadi susah nak bekerja dan beribadah sehingga rasa tak larat setiap hari,” luahnya kepada Kosmo.

Pembedahan akan dijalankan pada hari ini

Menurutnya lagi, pembedahan bagi membuang rahimnya itu akan dijalankan pada hari ini (18 Mac) serta berharap agar dia dan suami kuat dalam menempuh dugaan ini.

Meninjau ke ruangan komen rata-rata netizen mendoakan pasangan itu untuk terus bersabar dan kuat dalam menempuh dugaan yang datang ini.

Sabar ya puan, semoga yang baik-baik untuk puan dan suami

Allahu semoga dipermudahkan segala urusan

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.