fbpx
Now Reading
Dikecam Selepas Komplen Laluan Dihalang BMW, Pemandu Rolls Royce Kongsi Foto POV Dari Dalam Kereta

Dikecam Selepas Komplen Laluan Dihalang BMW, Pemandu Rolls Royce Kongsi Foto POV Dari Dalam Kereta

Penularan foto berkenaan oleh beberapa akaun dan laman Facebook di Singapura membuatkan ramai mula bersetuju dan faham kenapa dia bertindak sedemikian.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini tular di media sosial satu video insiden pertengkaran melibatkan seorang pemandu Rolls Royce dan beberapa pemandu lain di sebuah jalan di Singapura.

Insiden bermula selepas pemandu Rolls Royce berkenaan memberhentikan kenderaannya di laluan satu lorong di Seng Poh Road, Tiong Bahru dan mendakwa tidak dapat meneruskan perjalanan gara-gara dihalang oleh sebuah SUV jenis BMW X5 yang diletakkan sedikit terkeluar di kawasan parkir di tepinya.

Tindakannya menyebabkan pemandu di belakangnya tersangkut selama 10 minit hingga berlaku berlaku pertengkaran di antara dia dan orang ramai di kawasan tersebut.

Ini kerana mereka beranggapan dia sebenarnya boleh melepasi laluan tersebut dnegan menghimpit ke sebelah kanan jalan sambil dibantu oleh orang ramai yang berada di kawasan itu

Penularan video mendapat pelbagai respon dari netizen di Singapura dan di Malaysia. Namun majoriti dilihat lebih mengecamnya dan menyifatkan dia tidak mempunyai kepakaran walhal memiliki sebuah kereta yang begitu mahal.

Tampil kongsi gambar dari sudut pandangannya

Selepas beberapa hari isu tersebut ‘panas’, pemandu kereta mewah itu akhirnya tampil berkongsi foto Point Of View (POV) dari sudut pandangan dan perspektifnya sebagai pemandu kereta berkenaan.

Jelas menerusi foto tersebut, BMW berkenaan agak terkeluar hingga memakan ruang jalannya.

Penularan foto berkenaan oleh beberapa akaun dan laman Facebook di Singapura membuatkan ramai mula bersetuju dan faham kenapa dia bertindak sedemikian.

Namun masih ada segelintir yang merasakan foto yang ditunjukkan tetap menunjukkan bahawa dia masih mempunyai ruang untuk bergerak ke hadapan.

Namun difahamkan situasi sebegini tidak akan berlaku lagi di jalan yang sama di masa akan datang. Ini kerana pihak berkuasa di Singapura sudah pun membuat keputusan untuk membuang semua kotar parkir di jalan tersebut bermula hujung Mac ini.

Impresi artis di kawasan berkenaan pada masa akan datang | Foto via LTA

Berikut antara komen menarik yang diberikan netizen :

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.