
Kadar Zakat Fitrah Untuk Semua Negeri Di Malaysia Bagi Tahun 2022
Zakat fitrah secara istilahnya merupakan kewajipan fardhu ain ke atas setiap orang Islam pada bulan Ramadan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Zakat fitrah secara istilahnya merupakan kewajipan fardhu ain ke atas setiap orang Islam pada bulan Ramadan.
Mula diperintahkan pada tahun kedua Hijrah, iaitu tahun diwajibkan puasa pada bulan Ramadan, zakat fitrah diwajibkan untuk membersih dan menyucikan jiwa mereka yang berpuasa daripada perkara yang sia-sia.
Selain itu, ia juga adalah untuk memberi makanan kepada golongan miskin dan mencukupkan keperluan dan permintaannya pada 1 Syawal.
Apakah syarat wajib menunaikan zakat fitrah?
Menurut laman PPZ -MAIWP, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-60 yang bersidang pada 23 Oct 2003 telah memutuskan bahawa hukum zakat fitrah adalah wajib sekiranya cukup syarat wajib zakat fitrah iaitu:
1. Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
2. Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadan dan hidup selepas terbenam matahari.
3. Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadan dan berkekalan Islamnya.
4. Seseorang yang meninggal dunia selepas terbenam matahari akhir Ramadan.

Waktu membayar zakat fitrah
- Waktu Wajib
Mazhab Syafie mengikut yang azhar dan Hanbali berpendapat bahawa waktu wajib zakat fitrah bermula dengan tenggelamnya matahari pada hari akhir Ramadan (malam Raya). Ia juga pendapat sebahagian Mazhab Maliki. - Waktu Sunat
Mazhab Syafie berpendapat sunat dikeluarkannya sebelum solat hari raya dan makruh mentakhirkannya sehingga selesai solat. - Waktu Haram
Al-Hasan bin Ziyad dari ulama Hanafi berpendapat waktu menunaikannya bersifat setempat dan terhad seperti hari korban. Justeru siapa yang menunaikannya selepas hari raya tanpa uzur, ia dianggap sebagai berdosa. Pendapat ini juga adalah pendapat Mazhab Maliki, Syafie, dan Hanbali. Tetapi tetap wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira sedekah. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya.
Kadar Zakat fitrah
Bagi negara kita, setiap kali menjelang Ramadan, Jawatankuasa Syariah atau Fatwa Negeri akan memutuskan nilai harga beras semasa mengikut daerah atau jenis dan gred beras yang dimakan oleh penduduk.
Kemudian ia diputuskan dengan mengambil kira nilaian sebanyak segantang beras iaitu hampir kepada 2.60 kg.
Jadi bagi memudahkan anda di bawah kami kongsikan kadar zakat fitrah mengikut negeri di seluruh Malaysia bagi tahun 2022 (1443 Hijrah) :
Negeri | Kadar zakat fitrah 2022 |
Perlis | RM7 |
Kedah | RM7/ RM14/ RM21 |
Pulau Pinang | RM7, RM 12, RM16 |
Perak | RM7/ RM14/ RM21 |
Selangor | RM7/ RM14/ RM21 |
Negeri Sembilan | RM7 |
Melaka | RM7/ RM14 |
Johor | RM7/ RM10 |
Pahang | RM7 |
Terengganu | RM7 |
Kelantan | RM7/ RM14/ RM21 |
Sarawak | RM7 |
Sabah | RM7 |
Wilayah Persekutuan | RM7/ RM14/ RM21 |