fbpx

Tular Gelagat Wanita Menari Masuk Buletin TV3, Rupanya Ini Video Yang Dihasilkannya [Video]

“Ya, itulah saya yang (keluar) di berita TV3. Saya hanya ingin mengucapkan Salam Ramadan dan Selamat Berpuasa!”

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini tular di TikTok satu klip yang diambil dari Buletin TV3 memperlihatkan aksi seorang wanita sedang sibuk menari di Dataran Merdeka.

Rakaman berkenaan yang dipercayai diambil secara spontan oleh jurukamera TV3 sewaktu membuat tinjauan suasana di kawasan ikonik Kuala Lumpur ekoran dari pembukaan sempadan negara jelas menunjukkan wanita berkenaan yang memakai baju kebaya berwarna putih dan hijau lumut sedang menari seorang diri.

@momo_basgobing Agak2 siapa dia? Cuba cari owner hehe😉#tv3 #dataranmerdeka #buletintv3 ♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey

Perkongsian tersebut nyata menarik perhatian netizen sehingga video berkenaan menjadi tular dan trending di ruangan FYP atau For Your Page.

Ramai yang meninggalkan komen mahu mencari siapakah gerangan individu berkenaan untuk mengetahui apa sebenarnya yang sedang dilakukannya.

“Ya itulah saya!”

Namun tidak lama kemudiannya, seorang wanita bernama Gigi Cheoh tampil memaklumkan bahawa dia adalah individu yang tular itu.

Malah dia turut menjelaskan bahawa dia pada waktu itu sedang merakam video tarian untuk dimuat naik di TikTok.

Buat video tarian bertemakan raya

“Ya, itulah saya yang (keluar) di berita TV3. Saya hanya ingin mengucapkan Salam Ramadan dan Selamat Berpuasa!” tulisnya ringkas di ruangan kapsyen.

@gigicheoh Ya…itulah saya yang di berita @tv3malaysia 😂 I just want to wish all Muslims Salam Ramadan & Selamat Berpuasa ☺️❤️🇲🇾 #1Malaysia #fyp ♬ Pejam Celik Hari Raya – Iman Troye

Perkongsian oleh Gigi Cheoh tersebut nyata menarik perhatian netizen sekaligus menjawab teka-teka siapakah wanita berkenaan.

Malah video berkenaan yang memperlihatkan dia tampil menari dengan beberapa set baju kebaya berbeza dan lokasi yang pelbagai turut mendapat respon dari TV3 sendiri.

Penyampai Radio di 8FM

Semakan kami pada profil Instagram Gigi kemudiannya mendapati bahawa wanita ini adalah seorang content creator dan juga penyampai radio di 8FM (dulu One FM), sebuah stesen radio berbahasa cina.

Berikut antara komen menarik yang ditulis netizen :

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.