fbpx
Now Reading
“Besar Nak Mamp*s” – Netizen Terkejut Tengok Ular Sawa Dalam Bonet Depan Kereta [Video]

“Besar Nak Mamp*s” – Netizen Terkejut Tengok Ular Sawa Dalam Bonet Depan Kereta [Video]

Sya menjangkakan ular berkenaan baru sahaja masuk berteduh di dalam kereta tersebut memandangkan kereta pakciknya mula mengalami kerosakan semalam.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak tengahari tadi, tular di laman Twitter satu perkongsian seorang pengguna mengenai penemuan seekor ular sawa di dalam kereta Mercedez Benz C200 milik pakciknya.

Menurut Sya di akaun Twitter @nrsyhni, kewujudan ular sawa yang berlindung di dalam bahagian enjin kereta milik pakciknya hanya disedari selepas dia membawa kereta itu ke bengkel selepas berdepan masalah semalam (20 April).

“Weh, pakcik saya bawa keretanya ke bengkel hari ini dan terjumpa ini (ular). Besar gila,” tulisnya di Twitter.

Meskipun tiada maklumat tepat, dia menjangkakan ular berkenaan baru sahaja masuk berteduh di dalam kereta tersebut memandangkan kereta pakciknya mula mengalami kerosakan semalam.

“Kereta ni pakai je setiap hari dan parking depat porch. Mungkin dia (ular) ni baru masuk semalam sebab harini kereta start ada masalah.

“Pakcik saya berhenti di tepi jalan berdepan dengan seberang Messa Mall, Nilai kerana terdapat masalah ‘wheel sensor’ pada kereta.

“Dia tinggalkan kereta 1 malam, pagi tadi towing amik kereta dia dan bawa ke bengkel baru nampak ular sawa,” katanya kepada BuzzKini.

Menerusi bebenang tersebut, dia turut berkongsi dua video memperlihatkan anggota-anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) sedang bertungkus-lumus cuba mengeluarkan replitia tersebut dari kereta berkenaan.

Ia bagaimanapun memakan sedikit masa memandangkan ular berkenaan sudah mula memasuki bahagian enjin.

Sya dalam masa sama turut mengingatkan orang ramai agar sentiasa memeriksa bahagian enjin mereka bagi mengelakkan kejadian sama berlaku kepada mereka.

Perkongsian itu tertanya menarik perhatian ramai pengguna Twitter. Rata-rata dilihat begitu terkejut dengan saiz haiwan pemangsa itu.

Berikut antara komen menarik yang diberikan netizen :

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.