fbpx
Now Reading
Aircond Pesawat Tidak Berfungsi Hingga Penumpang Kepanasan, Malaysia Airlines Mohon Maaf [Video]
Malaysia Airlines minta maaf aircond tidak berfungsi

Aircond Pesawat Tidak Berfungsi Hingga Penumpang Kepanasan, Malaysia Airlines Mohon Maaf [Video]

Insiden tersebut turut menyebabkan seorang penumpang Malaysia Airlines memerlukan bantuan perubatan kecemasan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://twitter.com/anthraxxx781/status/1523309129527267328?

Sejak semalam tular di media sosial beberapa rakaman video TikTok mengenai insiden sebuah pesawat penerbangan milik Malaysia Airlines Berhad (Malaysia Airlines) yang mengalami masalah kerosakan penyaman udara.

Menerusi video tersebut yang dimuat naik @babahnadeen, dapat dilihat suasana di dalam kabin yang sedikit kacau-bilau dengan kebanyakan penumpang khususnya anak kecil dilihat bermandi peluh dan terpaksa mengipas diri mereka sendiri bagi menyejukkan badan.

Malah dapat didengari tangisan bayi dan kanak-kanak itu yang pastinya tidak selesa dengan keadaan sedemikian.

@babahnadeen Eh padah2 azrab la mat #celahbedah #pada2handal #babahborak ♬ original sound – 🔹Babah Nadeen🔹
@babahnadeen Kan senang cakap awal2 rosak #celahbedah #pada2handal #malaysiaairlines ♬ original sound – 🔹Babah Nadeen🔹

Babahnadeen dalam masa sama turut meluahkan rasa kecewanya dengan apa yang terjadi memandangkan dia dan penumpang lain terpaksa berdepan situasi tidak menyenangkan itu selama hampir satu jam sebelum dimaklumkan perjalanan terpaksa ditangguhkan.

“Kapal terbang delay. Kan senang kalau cakap awal-awal tadi, kapal terbang rosak.. :ast-last delay, kapal terbang rosak.. pening kepala otak akulah.

“Kalau dah tahu macam ni keluarkan dulu penumpang. Bagi keselesaan kat diorang, bagi rasa aircond.. dudukla kat tempat awal-awal tadi.

“Ini kau tunggu lama-lama, kau sidai lama-lama. Matilah orang dengan anak-anak itu, berpeluh-peluh,, buka baju..menangis-nangis. Adoi pening la, bayar mahal-mahal bukan sikit,” luahnya.

Isu sama turut tular selepas dikongsikan seorang pengguna Twitter hingga menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan netizen.

Terbaharu, Malaysia Airlines menerusi satu kenyataan tampil memohon maaf di atas insiden yang berlaku pada pesawat MH2710 itu, lapor Kosmo.

Menurut Malaysia Airlines, pesawat yang sepatutnya bertolak dari Kuala Lumpur ke Sandakan, Sabah pada Ahad, 8 Mei itu didapati mengalami isu teknikal sewaktu enjin dihidupkan.

“Pesawat itu juga terpaksa kembali semula ke ruang menunggu (bay) selepas prosedur kali kedua untuk menghidupkan enjin gagal ketika melakukan ‘pushback’.

“Malaysia Airlines memohon maaf apabila pendingin hawa tidak dapat dihidupkan ketika proses baikpulih dilakukan menyebabkan persekitaran kabin menjadi panas,” katanya pada malam Isnin.

Insiden tersebut turut menyebabkan seorang penumpang Malaysia Airlines memerlukan bantuan perubatan kecemasan.

“Penumpang kemudian dipindahkan ke pesawat lain yang berlepas dari Kuala Lumpur pada pukul 1.37 tengah hari dan selamat tiba di Sandakan pada pukul 4.30 petang.

“Pihak kami kesal dengan kelewatan terbabit dan memohon maaf sekali lagi atas ketidakselesaan sementara yang dialami penumpang,” katanya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.