Lelaki Kantoi Ikat Telefon Dekat Kaki, Didakwa Cuba Rakam Video Intai Dari Bawah [Video]
Netizen dalam masa yang sama turut menyindir perbuatan lelaki tersebut yang sanggup mengikat telefonnya pada kaki untuk melakukan perbuatan tidak senonoh.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Isu gangguan seksual bukanlah satu isu yang baru malah ia sering menjadi perdebatan di mana-mana sahaja terutama di media sosial.
Malah isu gangguan seksual ini juga boleh terjadi di mana-mana sahaja termasuklah di kawasan terbuka.
Individu yang mempunyai nafsu serakah ini pasti mempunyai pelbagai cara atau taktik demi memastikan misi mereka tercapai meskipun terpaksa berhadapan dengan risiko bahaya.
Sanggup ikat telefon dekat selipar
Terbaharu, tular satu video yang dikongsikan oleh @majoritiofficial di TikTok yang memaparkan seorang lelaki yang mengikat telefon bimbitnya di selipar dan disyaki untuk mengambil video intai dari bawah (upskirt).
Menerusi video, kelihatan lelaki tersebut mengikat telefonnya itu pada sebelah kaki dengan menggunakan beberapa getah yang berwarna oren dan insiden tersebut berlaku di sebuah pasar basah di Seri Kembangan.
Foto: Sekadar hiasan via Mothership
Netizen sindir lelaki terdesak kerana nafsu
Perkara tersebut secara tidak langsung telah mengundang perhatian netizen yang mengecam tindakan tidak bermoral.
Lebih menarik lagi ada juga yang berseloroh serta menyindir kelakuan ‘pervert’ lelaki tersebut yang dikatakan terlalu terdesak sehingga sanggup mengikat telefon dikakinya.