
Dikecam Netizen Seolah Pandang Ringan Hukum Agama, Kenyataan Hijabi Malaysia Dapat Respon Mufti N9
Tambah Dato Mufti lagi, Islam sebenarnya telah mengatur semua aspek kehidupan manusia dengan akhlak yang mulia.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Baru-baru seorang selebriti media sosial yang menetap di Korea Selatan, Sabrina Azhar dikritik hebat netizen selepas muncul dalam satu temubual bersama agensi berita antarabangsa, BBC.
Menerusi video yang berkisar mengenai realiti sebenar dunia tarian k-pop yang menjadi kehidupan remaja dari pelbagai latar belakang dan negara, pelajar kejuruteraan mekanikal itu berpendapat dia memahami batas sebagai seorang penganut Islam.
Namun baginya, selagi dia melakukan perkara yang betul dan tidak menimbulkan masalah atau ‘melukakan’ orang lain, minatnya itu bukanlah suatu isu.
“Kalau anda tanya kepada sesiapa (umat Islam), mereka akan kata ‘Oh, dalam Islam, wanita tidak boleh menari, tak boleh menyanyi dan sebagainya.
“Tapi ada juga di antara mereka yang mengatakan ‘sekarang sudah abad ke-21’. Maksud saya memang lah kita (umat Islam) tidak dibenarkan untuk ‘twerk’ dan sebagainya, tapi ada yang masih mempercayainya.
“Bagi saya, selagi saya rasa apa yang saya buat itu ada betul, saya tak lukakan sesiapa, jadi saya rasa ia tidak menjadi masalah,” kata Sabrina Azhar atau lebih dikenali sebagai Sabrina 리나 atau Jpbrinx di TikTok.
"I like my hijab and I like dancing."
— BBC World Service (@bbcworldservice) May 10, 2022
How this young K-pop dancer from Malaysia deals with hate comments
More on how K-pop conquered the world https://t.co/qR2LK84ua3 pic.twitter.com/topbD7Ujo8
Tambahnya dia juga pernah berdepan dengan pelbagai komen negatif seperti telah memalukan Islam namun dia memilih untuk tidak melayannya.
“Seseorang mesej saya dan kata ‘Kau akan masuk neraka’. Saya suka memakai hijab dan yakin memakainya. Tapi saya juga suka menari, jadi saya menggabungkan kedua-duanya.
“Saya tidak membalasnya. Bila mereka fikirkan tentang hijab, mereka akan berpendapat yang ‘Oh, awak kena menutup diri awak, Awak kena bersembunyi. Awak tak boleh bangga dengan diri sendiri dan awak tidak akan berasa yakin.
Malah dia di dalam temu bual itu turut menggalakkan golongan berhijab sepertinya untuk berani dalam mempamerkan bakat mereka selain tidak menjadikan pemakaian tudung sebagai penghalang untuk menari.
@jpbrinx #gidletomboy @official_gidle ♬ TOMBOY – (G)I-DLE
“Buat orang bukan Islam keliru”
Kenyataan yang dikeluarkan gadis berusia 22 tahun itu nyata menimbulkan kemarahan netizen bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia.
Ramai yang menyifatkan dia seperti memandang enteng hukum agama dalam bab berhijab selain boleh mengelirukan orang bukan Islam.
Malah ramai netizen di luar negara yang turut memintanya agar lebih berhati-hati dalam memberi kenyataan.


Aku pon takde lah alim mana. Tapi bila Allah dan nabi cakap tak boleh, tak boleh lah.
— tingting (@spaky97) May 11, 2022
Ni lah bila fatwa ikut tekak sendiri
Memandangkan isu ini agak sensitif, kami telah menghubungi Mufti Negeri Sembilan, Sahibus Samihah Dato’ Hj Mohd Yusof Bin Hj Ahmad bagi mendapatkan respon beliau.
Jika kurang didikan ia boleh dimaafkan. Jika sebaliknya, ia satu penghinaan
Menurut Dato Mufti, kenyataan yang diberikan gadis ini bergantung kepada beberapa keadaan.
Sekiranya dia kurang pendedahan tentang agama atau datang dari keluarga yang tidak kisah tentang hidup beragama, kata-kata yang keluar dari mulutnya boleh dimaafkan. Namun jika sebaliknya, ia sudah menjadi satu penghinaan kepada agama Islam.
“Sekiranya jahil tentang Islam, dia boleh dima’afkan. Namun sekiranya dia seorang muslim yang benar-benar tau tentang hukum hakam, maka kata-katanynya merupakan penghinaan kepada agama.”
Islam sudah mengatur aspek kehidupan agar penganutnya terjaga
Tambah Dato Mufti lagi, Islam sebenarnya telah mengatur semua aspek kehidupan manusia dengan akhlak yang mulia.
“Ia agar maruah seseorang penganutnya terpelihara daripada runtunan nafsu syaitan yang sentiasa mendorong kepada keburukan.
“Seorang muslim perlu berilmu, beriman dan beramal. Dengan ilmu yang lengkap, iman yang mantap, seorang muslim akan bermuhasabah, mengkoreksi diri menjadi manusia yang berjiwa kental dan tenang seterusnya dapat melihat Islam suatu anugerah Allah SWT yang indah dan tak ternilai,” kata beliau kepada BuzzKini.
Setakat artikel ini ditulis, Sabrina belum memberikan sebarang respon berhubung kecaman yang dilontarkan netizen terhadap kenyataannya di dalam temu bersama BBC itu.