fbpx
Now Reading
“Kalau Jadi Awak, Saya Terjun Bangunan”- Dari Sesi Memohon Kerja Berakhir Maki Hamun

“Kalau Jadi Awak, Saya Terjun Bangunan”- Dari Sesi Memohon Kerja Berakhir Maki Hamun

Pencarian kerja merupakan fasa yang paling penting dalam diri seseorang.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Siapa sangka perbualan untuk memohon kerja menerusi aplikasi WhatsApp di antara seorang gadis dan seorang lelaki sebagai majikan di Singapura berakhir dengan cacian serta maki hamun diantara kedua-dua pihak.

Segalanya bermula apabila lelaki berkenaan membuat keputusan untuk tidak mengambil gadis tersebut kerana tidak berpuas hati dengan respon dari gadis itu yang menurutnya harus disuap (spoon-feed).

Menurut laporan Stomp, gadis berkenaan cuba memohon kerja dari lelaki tersebut sebagai pengedar risalah (flyers distributor).

Melalui berbualan ‘screenshots’ yang dikongsikannya, gadis berusia 23 tahun itu kelihatan bertanya mengenai lokasi kerja selepas lelaki tersebut memberitahu mengenai penyusunan jadual kerja.

Ketika lokasi kerja diberitahu di kawasan Tiong Bharu and Queenstown, gadis itu terus memilih untuk di berada di kawasan Tiong Bharu kerana berhampiran dengan rumahnya.

“Saya pilih Tiong Bharu kerana saya tinggal berhampiran situ,” kata gadis tersebut.

Sebaliknya, lelaki tersebut hanya memberi tahu untuk berjumpa dengannya di sebuah lokasi berbeza iaitu ‘1st Block’ bagi mengambil risalah selain akan menunjukan cara untuk mengedar risalah tersebut.

Tidak menunggu lama, gadis tersebut terus bertanya bas apa yang harus dinaikinya untuk ke sana.

“Bas apa yang akan kesana?”

Namun soalan yang diutarakan gadis itu membuatkan lelaki itu memutuskan untuk tidak mengambilnya bekerja. Ini kerana dia merasakan adalah sia-sia untuk mengupah gadis itu sekiranya dia perlu ‘menyuap’ gadis itu dengan pelbagai maklumat.

Perbualan tidak terhenti disitu apabila kedua pihak mula menggunakan bahasa yang agak kasar. Lelaki itu memberitahunya “semoga berjaya untuk awak juga” yang mana gadis itu berkata jangan risau dan memberitahu bahawa dia akan menyekat nombor lelaki berkenaan.

Mungkin berang dengan respon gadis tesebut lelaki berkenaan kemudian mengakhiri perbualannya dengan berkata : “Jika saya jadi kamu, saya akan panjat bangunan dan terjun sekarang.”

Gadis berkenaan kemudian bertindak menyekat lelaki tersebut dari akaun WhatsApp miliknya.

Sudah berumur 23 tahun dan masih mengharap disuap?

Perbualan mereka kemudiann mula tersebar di media sosial hingga mencetuskan pelbagai respon.

Kebanyakan mereka bagaimanapun berpendapat bahawa lelaki itu telah melakukan perkara yang betul dengan tidak mengupahnya kerana keperluan untuk disuap adalah sesuatu yang tidak wajar.

Kredit gambar: Stomp

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.