fbpx
Now Reading
Santai Berjalan Sambil Tayang ‘Pistol’, Polis Cari Peserta Cosplay & Pemilik Akaun TikTok
lelaki bawa 'senjata'

Santai Berjalan Sambil Tayang ‘Pistol’, Polis Cari Peserta Cosplay & Pemilik Akaun TikTok

Lelaki tersebut yang dipercayai salah seorang peserta yang menggayakan watak animasi telah berjalan sambil menunjukkan satu objek menyerupai ‘senjata’ di sebuah pusat membeli belah.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Gara-gara membawa senjata berupa pistol ketika berjalan-jalan, polis kini sedang mengesan seorang pemilik akaun TikTok dan individu yang tular dalam satu video semalam (18 Mei), untuk membantu siasatan.

@utusantvofficial Dengan individu muat naik pun polis cari juga. #TrendingNewsMalaysia #fyp #beritaditiktok ♬ original sound – UtusanTV

Selak baju hingga nampak objek seperti senjata

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid memaklumkan, video berkenaan menunjukkan seorang lelaki sedang berjalan, dia kemudian menyelak baju hingga menampakkan satu objek yang menyerupai senjata yang diselitkan di seluarnya.

Disyaki salah seorang peserta gayakan watak animasi

Dilihat pada video tersebut, individu berkenaan berpakaian seperti karakter Big Smoke, salah satu watak utama di dalam permainan Grand Theft Auto : San Andreas sewaktu berada di sebuah pusat beli belah di ibu kota.

Kehadirannya di sana pula dipercayai sebagai salah seorang peserta bagi festival animasi yang sedang berlansung di situ.

“Berikutan itu, laporan polis dibuat mengenai penularan video itu dan dipercayai kejadian berlaku dalam pusat beli belah di daerah ini yang mana terdapat penganjuran festival animasi selama empat hari bermula 13 hingga 16 Mei lalu.

“Lelaki dalam rakaman berkenaan disyaki salah seorang peserta yang turut menggayakan watak animasi semasa hadir ke festival itu,” jelasnya lagi.

Tambah beliau, polis telah membuka satu kertas siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998.

Sehubungan itu pihak polis kini sedang mengesan pemilik akaun media sosial berkenaan serta individu dalam video tersebut bagi membantu siasatan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.