
Siap Pose Gendong Anak, Wanita Terima Skrol Diploma Di Hospital Sehari Selepas Bersalin
Seorang wanita yang menamatkan pengajian ijazah selama empat tahun akhirnya menerima seorang bayi lelaki pada hari yang sama konvokesyen berlangsung.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Seorang wanita di Universiti Dillard menikmati momen istimewa apabila menerima skrol diplomanya di bilik hospital New Orleans pada hari Ahad (15 Mei) sehari selepas dia terlepas majlis rasmi graduasinya.
Jada Sayles yang berasal dari negeri Louisiana, Amerika Syarikat telah dimasukkan ke hospital pada 4.30 pagi pada hari Sabtu (14 Mei) iaitu hari yang sama dengan hari graduasinya.
Enggan Sayes terlepas momen berharga di dalam hidupnya, Presiden Universiti Dillard, Dr. Walter M. Kimbrough membuat keputusan untuk melakukan kejutan istimewa dengan membawa skrol diploma dan jubah graduasi milik Sayles ke hospital.
“Saya menerima teks pesanan daripada Sayles pada 13 Mei yang menyatakan dia sudah dimasukkan ke hospital untuk bersalin dan dimaklumkan bayi lahir pada 14 Mei, tarikh konvokesyen sepatutnya berlangsung.
“Saya tidak mahu Sayles terlepas momen graduasi, maka pihak universiti mengunjunginya di hospital untuk mengadakan sesi penyerahan skrol istimewa,” kata Kimbrough.
Kimbrough kemudiannya berkongsi rakaman majlis itu, yang dirakam oleh isterinya, Adria.
“Ini benar-benar detik yang sangat manis. Saya tidak akan melupakannya,” ujar isterinya.
Jada went into labor on Friday evening. Texted me around 4:30 am Saturday saying she was being admitted, & the baby was born on her graduation day, May 14th. So we rolled up to the hospital so I could finish my tenure in the most special way. #myDU pic.twitter.com/JieETrXVgy
— Walter M. Kimbrough (@HipHopPrez) May 15, 2022
Sayes menerusi Twitter kemudian menzahirkan rasa terima kasih kepada pihak universiti.
“Saya fikir saya akan berjalan melintasi pentas untuk mendapatkan ijazah saya, sebaliknya saya mendapat bayi saya. Terima kasih kepada universiti kerana tetap membawa skrol graduasi dan ijazah kepada saya.”
I thought I was gonna walk across the stage to get my degree, instead I got my baby. My sweet face decided to make his way on MY big day (now his). Shoutout to my university for still bringing my graduation and degree to me. 🎓 Ima college graduate & mommy, talk to me nice! 🎉 pic.twitter.com/3KyVReqyUJ
— Jada S. (@JadaSayles) May 15, 2022