fbpx

Tersilap Label Tajuk Berita ‘Manchester United Are Rubbish’, BBC Buat Permohonan Maaf [Video]

Menurut penyampai BBC, kesilapan itu berlaku kerana seseorang sedang belajar cara mengendalikan tanda dan ‘menulis perkataan secara rawak tanpa memaksudkannya’.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Gara-gara tersilap mengeluarkan tajuk berita yang melabelkan kelab EPL (English Premier League), Manchester United sebagai sampah, BBC terpaksa tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada penyokong kelab tersebut.

Menerusi rakaman insiden yang tular, syarikat penyiaran di United Kingdom itu secara tidak sengaja telah mengeluarkan tajuk (ticker) ‘Manchester United are rubbish’ di bahagian bawah skrin sewaktu sedang menyiarkan perkembangan mengenai sukan tenis pada pagi Selasa, 24 April.

Isu tersebut kemudiannya tular di media sosial menyebabkan BBC menerima pelbagai respon dengan majoriti penyokong Red Devil mengecam perkara tersebut manakala penyokong pasukan EPL lainnya menjadikan ia satu bentuk hiburan.

Seorang penyampai pagi BBC, Annita Mcveigh kemudiannya tampil membuat permohonan maaf kepada mana-mana penyokong United yang tersinggung dengan perkara tersebut.

Menurutnya kesilapan itu berlaku kerana seseorang sedang belajar cara mengendalikan tanda (ticker) dan ‘menulis perkataan secara rawak dan bukannya benar-benar dimaksudkan’.

“Sesetengah daripada anda mungkin terlihat sesuatu yang agak luar biasa pada tanda yang tertera di bahagian bawah skrin dengan berita yang membuat komen mengenai Manchester United, dan saya berharap peminat Manchester United tidak tersinggung dengan perkara itu.

“Saya akan jelaskan apa yang berlaku – di sebalik tabir seseorang sedang berlatih untuk mempelajari cara menggunakan ticker dan meletakkan teks pada ticker, jadi mereka hanya menulis perkara rawak dan perkataan itu muncul.

“Jadi maaf jika kalian terlihatnya dan tersinggung terutamanya jika anda adalah peminat Manchester United,” kata penyampai itu lagi.

Video permohonan maaf di sini :

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.