fbpx
Now Reading
“Siapa Dia Tu?” – Akui Tak Kenal Siapa ‘Ikon Permotoran’, Pelumba Negara Cabar Hakim Stopa Berentap Di Litar

“Siapa Dia Tu?” – Akui Tak Kenal Siapa ‘Ikon Permotoran’, Pelumba Negara Cabar Hakim Stopa Berentap Di Litar

Sekiranya tewas, dia secara peribadi akan akur dengan jolokan ‘ikon permotoran’ yang diberikan kepada infuencer tersebut.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak dua hari lalu, media sosial hangat memperkatakan mengenai satu perkongsian Timbalan Menteri Perpaduan Negara, YB Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal di Facebook mengenai pertemuannya dengan seorang influencer TikTok yang dikenali sebagai Haqiem Stopa.

Menerusi hantaran tersebut, Ahmad Fayshal meluahkan rasa kagumnya dengan semangat pemuda berkenaan dan memaklumkan dia turut mendapat jolokan ‘ikon permotoran anak muda’ di kalangan pengikutnya.

Kenyataan itu bagaimanapun mencetuskan perdebatan di media sosial apabila ramai yang meluahkan rasa tidak bersetuju dan tertanya-tanya apakah sumbangan pemuda berusia 22 tahun itu kepada dunia permotoran sehingga menerima jolokan berkenaan oleh pengikutnya.

Lagenda permotoran buka mulut

Terbaharu, isu ini turut menarik perhatian lagenda permotoran dua roda, Affendi Rosli. Dia yang tampil menerusi satu hantaran di Facebook turut mempersoalkan status ikon tersebut memandangkan dia secara peribadi langsung tidak mengenali influencer berkenaan.

Meskipun bangga masih ada pelapis dari kalangan generasi baru, pelumba negara itu bagaimanapun agak terkilan dengan sikap segelintir ahli politik yang sewenang-wenangnya mengangkat anak muda berkenaan sebagai ikon belia permotoran walhal Malaysia mempunyai banyak pelumba hebat seperti Hafiz Syahrin, Khairul Idham Pawi dan ramai lagi.

Jelasnya lagi, gelaran ikon tersebut mempunyai nilai yang tinggi dan bukan semua orang layak menerimanya.

“Saya sendiri tak kenal siapa dia, cuma saya nak cakap saya rasa bangga mungkin dia generasi baru dalam dunia permotoran mengangkat belia-belia muda, mat motor.

“Kalau nak dihitungkan, terlalu ramai pelumba yang berjuang untuk negara, tiada istilah yang digunakan untuk mengangkat mereka,” luahnya lagi.

Cabar berlumba di trek

Pelumba negara itu dengan lantang turut mencabar Haqieum untuk untuk berentap dengannya dan rakan-rakan pelumba yang lain di dalam litar.

Sekiranya tewas, dia sendiri akan reda dan akur bahawa bintang TikTok itu adalah ikon permotoran seperti yang disebut pengikut-pengikutnya.

Lihat video penuh di bawah :

© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.