fbpx

Adik Aisyah Hijanah Cabar Alif Teega Berdepan Dengan Keluarga Selepas Timbul Dakwaan Bakal Disaman

Menurut adik ipar kepada Alif Teega dia turut meminta agar suami kakaknya itu untuk berdepan dengan keluarga bagi membincangkan isu yang sedang hangat ini.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak semalam (27 November) kecoh di media sosial mengenai influencer, Alif Teega apabila dia mendedahkan telah berkahwin dua.

Perkara itu secara tidak langsung telah menimbulkan kemarahan orang ramai yang kecewa kerana influencer itu sebelum ini dilihat mesra dan bahagia bersama isteri pertama, Aisyah Hijanah.

Susulan daripada pendedahan itu, seorang individu yang dipercayai adik ipar kepada Alif kemudian mendakwa influencer berkenaan mengasar isteri serta sudah mempunyai hubungan terlarang selama setahun.

Alif sangkal dakwaan kasari isteri, mahu ambil tindakan saman

Dakwaan itu kemudian disangkal oleh Alif dengan mengatakan tuduhan tersebut adalah sesuatu yang melampau dan pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang meskipun ia membabitkan keluarga sendiri.

Walau bagaimanapun, kenyataan yang dimuat naik di Instagram Story milik influencer itu kemudian telah dipadam namun ia sempat ditangkap layar oleh beberapa pihak.

Baca artikel berkaitan: Adik Aisyah Hijanah Dakwa Alif Teega Kasari Isteri, Sudah Setahun Ada Hubungan Terlarang

Baca artikel berkaitan: Tular Dakwaan Pukul Isteri & Berseronok Dengan Wanita Lain, Alif Teega Nak Ambil Tindakan Undang-Undang

Adik ipar cabar Alif berdepan dengan keluarga

Mengetahui bakal diambil tindakan saman, adik kepada Aisyah yang dikenali sebagai Amirul Adni Rustam kemudian tampil menerusi Intagram Story mencabar Alif untuk berdepan dengan keluarganya.

Dia juga meminta agar Alif menjadi seorang yang matang dalam menangani isu tersebut.

“Terima kasih kepada semua yang ‘screen shot’ (tangkap layar) untuk saya mengenai kenyataan daripada dia.

“Macam ni lah ya, nak ugut untuk saman? Adakah saman malu? Baru tahu erti malu ke?

“Bila awak dah bersedia untuk menguar-uarkan sesuatu perkara di media sosial.. anda juga pasti bersedia menerima segala risiko dan akibat!” tulisnya.

Datang berbincang dengan keluarga

Malah dia turut meminta agar Alif datang secara profesional dan berbincang dengan keluarganya.

“Sila jadi matang dalam isu ini, bagaimana jika awak datang sini dan berbincang secara profesional bersama kami. Jumpa Umi atau keluarga Aisyah dekat rumah secara bersemuka.

“Atau awak ada keluarga baru untuk tanggungjawab baru?” soalnya lagi.

Aisyah sebelum ini, turut mengesahkan berhubung perkahwinan kedua suaminya itu menerusi media sosial.

Tidak lama kemudiannya tular satu dokumen ‘Gambar Pasangan Berkahwin’ iaitu seorang lelaki mirip Alif dan seorang wanita di sebuah pejabat kadi di selatan Thailand.

Menerusi dokumen itu, upacara pernikahan tersebut telah berlangsung pada 21 November 2023 beberapa hari sebelum Alif dan Aisyah menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-6.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.