fbpx
Now Reading
Gugup Punya Pasal, Pengantin Lelaki Sampai Tersasul Sebut Mas Kahwin RM500 Juta [Video]

Gugup Punya Pasal, Pengantin Lelaki Sampai Tersasul Sebut Mas Kahwin RM500 Juta [Video]

Dia menerusi video tersebut dilihat secara spontan menyebut nilai mas kahwin RM500 juta berbanding nilai sebenarnya iaitu RM500.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak beberapa hari lalu, tular di media sosial satu video TikTok memperlihatkan seorang pengantin lelaki tersasul menyebut nilai mas kahwinnya dalam satu acara akad nikah.

Menerusi video tersebut, pengantin lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Sameer Danial pada mulanya dilihat begitu tenang di saat membaca lafaz terima (ijab).

Namun sebaik sampai ke bahagian mas kahwin, dia secara spontan telah menyebut nilai mas kahwin yang begitu tinggi iaitu RM500 juta berbanding nilai sebenar iaitu RM500.

“Aku terima nikahnya dengan mas kahwin RM500 juta tunai,” lafaznya di dalam video tersebut.

Kesilapannya membuatkan semua yang berada di acara tersebut terdiam sebelum tertawa manakala seorang saksi dipercayai ahli keluarga menepuk dahinya.

Selain itu turut kedengaran suara saah seorang dari mereka beristighfar dengan apa yang berlaku.

@msamdanial

NERVOUS AKAD NIKAH PUNYA PASAL SAMPAI AKU PUNYA MAS KAHWIN JADI RM 500 JUTA TUNAI 😂😂😂😂

♬ original sound – Sam Danial

Akui cemas punca tersasul

Dia menerusi ruangan kapsyen turut menjelaskan insiden tersebut sebenarnya berlaku kerana terlalu cemas.

“Nervous akad nikah punya pasal sampai aku punya mas kahwin jadi RM500 juta tunai,” tulis Sameer.

Isteri pun turut ketawa

Situasi menghiburkan itu turut dirakam dari sudut berbeza oleh seorang lagi ahli keluarganya.

Di dalam video tersebut, jelas kelihatan isterinya, Nurul Nadia Johari dilihat cuba mengawal dirinya dari ketawa namun gagal berbuat sebaik menyedari kesilapan yang dilakukan Sameer.

@ieraa.shahira Along buat hal laa @msamdanial 🤣🤣 banyak sangat tu mas kahwen nyaa 500 juta 😂😂 #fyp #foryoupage ♬ bunyi asal – Ieraaaa✨

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut melahirkan rasa terkejut sebaik mendengar nilai mas kahwin yang disebutkan.

Ada juga yang secara berseloroh bertanya berapa pula kos majlisnya jika mas kahwin sahaja sudah mencecah setinggi itu.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.