fbpx
Now Reading
Tak Mahu Bebankan Bakal Menantu, Bapa Perempuan Minta Pihak Lelaki Tetapkan Jumlah Hantaran [Video]

Tak Mahu Bebankan Bakal Menantu, Bapa Perempuan Minta Pihak Lelaki Tetapkan Jumlah Hantaran [Video]

Baginya, apa yang penting adalah mas kahwin kerana ia merupakan perkara wajib dalam perkahwinan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Adat dan budaya perkahwinan di dunia adalah berbeza mengikut agama dan kepercayaan seseorang. Sebagai contoh adat perkahwinan Melayu yang mengandungi pelbagai elemen pastinya berbeza dengan masyarakat yang lain.

Lazimnya, dalam adat Melayu, sebelum menjadikan seorang wanita sebagai isteri, bakal suami perlu menyediakan wang hantaran sebagai hadiah berbentuk wang tunai kepada bakal isteri.

Meskipun ia tidak wajib namun dalam masyarakat Melayu amalan ini telah diamalkan sejak berkurun lamanya.

Kadang kala ia menjadi beban kepada pihak lelaki untuk menyediakan wang tersebut terutama sekiranya pihak perempuan menetapkan wang hantaran dengan jumlah yang tinggi.

Tidak Mahu Bebankan Pihak Lelaki, Minta Tetapkan Sendiri Wang Hantaran

Namun, lain pula dengan keluarga pihak perempuan menerusi video yang dikongsikan di akaun TikTok @Fakhrudin Ahmad.

Menerusi video berkenaan, kelihatan berlaku perbincangan berhubung penetapan mas kahwin dan wang hantaran di antara keluarga pihak lelaki dan pihak perempuan.

Bergurau Mahu Hantaran RM29,990

Pada mulanya, bapa pihak perempuan menetapkan wang hantaran sebanyak RM29,990 atas sebab anaknya mempunyai kelulusan perakaunan.

“Amalina dia jurusan akaun, jadi kita tetapkan RM29,990, boleh?” katanya menerusi video berkenaan.

Setelah beberapa ketika, dia menjelaskan itu hanya gurauan sebaliknya mahu pihak lelaki yang menetapkan jumlah hantaran.

Namun, mas kahwin yang telah ditetapkan semasa sesi awal perbincangan sebanyak dua dinar emas 999 masih kekal.

“Hat mas kahwin tadi betul, hantaran tu saya melawak ja, hantaran ini saya serahkan pada pihak lelaki,” katanya.

Laksana Perkara Wajib, Mahu Jadi Contoh

Tambah bapa pengantin perempuan itu, jumlah hantaran yang ditetapkan perlu berpatutan dan tidak membebankan pihak lelaki.

“Yang penting mas kahwin, itu yang wajib. Hantaran saya tak tetapkan, itu prinsip saya,” kata bapa pengantin perempuan ketika pihak lelaki meminta kepastian berhubung penetapan wang hantaran.

Menurut bapa pihak perempuan, dia hanya mahu dirinya menjadi contoh kepada semua orang dengan hanya melaksanakan perkara yang wajib dan tidak mahu menjadikan hantaran sebagai beban kepada bakal suami anak perempuannya.

“Saya sebenarnya nak jadi contoh yang hantaran ini tidak membebankan dalam soal perkahwinan,” ujarnya menerusi video yang telah mendapat tontonan lebih 4 juta itu.

Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan netizen memuji sikap bapa pihak perempuan yang memudahkan urusan perkahwinan anaknya.

Malah, ada di antara netizen yang kagum kerana masih ada lagi individu yang berfikiran jauh seperti bapa pihak perempuan ini.

Berikut antara komen netizen:

Bapa Mertua Idaman, Ada Lagi Tak Yang Macam Ni?

Hantaran Yang Tak Membebankan Yang Terbaik

Pakcik Patut Dapat Anugerah Dari Bujang-Bujang Lelaki Dekat Malaysia Ni

Indahnya Bertolak Ansur & Saling Memahami

Baca Artikel Berkaitan: Gugup Punya Pasal, Pengantin Lelaki Sampai Tersasul Sebut Mas Kahwin RM500 Juta [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Lafaz Nikah Bahasa Jepun, Lelaki Ini Siap Beri Mas Kahwin Guna Duit Yen Buat Ramai Teruja [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.