fbpx
Now Reading
“Kita Satu Malaysia..” – Video Pasangan India Buat Majlis Sanding Ikut Adat Melayu Raih Perhatian Netizen

“Kita Satu Malaysia..” – Video Pasangan India Buat Majlis Sanding Ikut Adat Melayu Raih Perhatian Netizen

Apa yang lebih menarik apabila mereka turut dilihat mengadakan majlis persandingan mengikut adat bangsa Cina.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak kebelakangan ini, acara sosial seperti majlis perkahwinan semakin rancak diadakan.

Boleh dikatakan setiap hujung minggu pasti ada sahaja undangan atau jemputan dari keluarga mahupun sahabat handai bagi menghadiri majlis-majlis sebegini.

Terbaharu tular di TikTok video persandingan satu pasangan pengantin berbangsa India yang disifatkan netizen sebagai unik.

Ini kerana pasangan pengantin tersebut telah mengadakan majlis persandingan yang luar dari biasa iatu dengan mengikut adat Melayu.

Menerusi video yang dikongsikan seorang pengguna TikTok, Pierre Emerick Lingesh dapat dilihat pasangan berkenaan turut memakai busana pengantin tradisional melayu siap bertanjak dan bersongket.

“India bersanding ikut adat Melayu”

@pierre_emerick_lingesh #fypシ #bersanding #tiktokmalaysia🇲🇾 ♬ original sound – nightmonyet – danny phantom

Menurut pengguna TikTok itu di ruangan komen, pengantin berkenaan yang merupakan saudaranya sudah pun mengadakan majlis kahwin mengikut agama Hindu pada 10 Jun yang lalu.

Majlis persandingan ini pula diadakan khas untuk rakan-rakan pengantin lelaki ini yang merupakan seorang anggota polis manakala ayahnya pula seorang bekas askar.

“Kedua-dua pengantin beragama Hindu. Majlis kahwin mengikut adat bangsa India sudah berlansung pada 10 Jun dan majlis ini dibuat khas untuk kawan-kawan pengantin lelaki yang kerja sebagai anggota polis, dan ayahnya pula bekas askar,” tulis Pierre kepada seorang pengguna TikTok.

Turut adakan majlis sanding mengikut budaya Cina

Apa yang lebih menarik apabila Pierre turut berkongsi satu lagi video kompilasi yang memperlihatkan pengantin ini turut mengadakan majlis perkahwinannya mengikut adat bangsa Cina sekaligus melengkapkan budaya 3 bangsa terbesar di Malaysia.

@pierre_emerick_lingesh thank you for all the support ❤️#keluargamalaysia #fypシ #perpaduan ♬ original sound – G x Gunalan – GforGunalan

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata dilihat teruja dan memuji kelainan yang dilakukan pasangan pengantin baharu ini.

Ada yang berpendapat mereka sememangnya mempunyai semangat cintakan negara dan begitu terbuka untuk meraikan perbezaan adat dan budaya.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut sudah pun mendapat hampir 1 juta tontonan, 55 ribu tanda suka dan 1,500 komen.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.