fbpx
Now Reading
Terpaksa Tangguh 2 Kali, Pasangan Buat Kelainan Majlis Perkahwinan Bertemakan Filem & Drama Kesukaan
Buat Majlis kahwin bertemakan filem dan drama televisyen kegemaran

Terpaksa Tangguh 2 Kali, Pasangan Buat Kelainan Majlis Perkahwinan Bertemakan Filem & Drama Kesukaan

Terpaksa tangguh dua kali majlis kahwin kerana Covid-19, pasangan ini buat majlis dengan bertemakan dari filem dan drama televisyen yang digemari.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Virus Covid-19 yang melanda negara pada dua tahun yang lalu telah membuatkan banyak program seperti perkahwinan tergendala memandangkan majlis keramaian tidak dibenarkan.

Memandangkan majlis sosial sudah kembali dibenarkan, satu pasangan ini tidak melepaskan peluang untuk menyambutnya dengan penuh meriah selepas terpaksa menangguh tarikh majlis perkahwinan sebanyak dua kali.

Memetik laporan Says, sungguhpun berasa kecewa kerana terpaksa menangguh majlis tersebut disebabkan Covid-19, pasangan sejoli itu, Benjamin Wong dan Megan Chin tidak berputus asa untuk merealisasikan majlis perkahwinan impian mereka.

Majlis perkahwinan berkonsepkan filem atau rancangan televisyen

Mereka mengadakan perkahwinan yang bertemakan daripada filem atau rancangan televisyen kegemaran mereka.

Malah, jika dilihat pasti ada yang berasa cemburu dengan tema ini kerana ia bukan sahaja bertemakan kepada satu tetapi banyak filem dan rancang televisyen.

Berarak masuk dengan konsep dari filem Star Wars

Lebih menarik lagi apabila mereka berarak masuk ke dalam majlis itu dengan membawa konsep perarakan Imperial di dalam filem Star Wars.

Kelihatan pengantin lelaki memegang light saber berwarna merah masuk ke dalam dewan dengan diiringi tiga orang Stormtroopers. Kemudian apabila sampai ke pentas, pengantin perempuan turun dari atas siling dengan menggunakan gondola.

Dia kemudian mengeluarkan light saber biru dan pasangan tersebut bertemu di tengah pentas untuk melakukan ‘waltz’ sebelum lagu tema filem tersebut tamat.

Malah, mereka turut memotong kek perkahwinan mereka sambil menyilang pedang berlampu mereka.

Buat persembahan tarian latin inspirasi filem Dirty Dancing

Mereka kemudian berehat sebentar sebelum kembali semula dengan persembahan tarian latin daripada filem ‘Dirty Dancing’ menggunakan lagu ‘The Time Of My Life’.

Tetamu yang hadir turut bersorak kegembiraan dan dalam masa yang sama teruja tatkala melihat persembahan tarian tersebut.

Buat video inspirasi dari filem Crash Landing On You

Semasa majlis berlangsung, pasangan itu turut memaparkan rakaman video yang diinspirasikan dari siri drama Korea yang terkenal iaitu Crash Landing On You.

Mereka turut memaklumkan bahawa mereka jatuh cinta dengan drama bersiri Korea semasa pandemik dan mahu melakukan semula babak di dalam drama tersebut.

Menurut mereka, video tersebut telah dirakam di Cameron Highland untuk memberikan tema Malaysia dan menamakan video tersebut Crash Landing In Malaysia.

Bawa konsep anugerah The Oscars untuk dekorasi dewan

Bukan itu sahaja, mereka turut menghiasi seluruh dewan, meja dan skrin LED dengan berkonsepkan anugerah The Oscars.

Tetamu turut di sambut dengan dua patung Oscar besar, dan meja tetamu di dalam dewan juga dihiasi dengan pertunjukkan anugerah, seperti trofi dan juga senarai filem.

Mereka turut melakukan semula poster filem dan rancangan televisyen kegemaran di dalam bentuk gambar dan meletakkannya di ruangan legar dewan tersebut.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.