fbpx
Now Reading
Tragedi Berdarah Ketika Perarakan Hari Kemerdekaan Amerika Syarikat, 6 Maut & 24 Cedera [Video]

Tragedi Berdarah Ketika Perarakan Hari Kemerdekaan Amerika Syarikat, 6 Maut & 24 Cedera [Video]

Suspek dipercayai melepaskan tembakan rambang dari atas sebuah bumbung di mana selaras raifal berkuasa tinggi ditemui.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Enam orang terbunuh manakala 24 yang lain mengalami kecederaan serius dalam satu kejadian tembakan sewaktu perarakan hari Kemerdekaan Amerika Syarikat yang berlangsung di Highland Park, Chicago, semalam (4 Julai).

Namun tindakan pantas pihak polis akhirnya berjaya mengesan dan menahan dalang tembakan rambang berkenaan iaitu Robert E. Crimo III,seorang lelaki berusia 22 tahun di Lake Forest, Illinois.

Penempak berjaya ditangkap

Menurut laporan pihak berkuasa, suspek berjaya dikesan pihak polis Chicago Utara dalam satu sekatan jalan raya. Dia yang cuba melarikan diri bagaimanapun berjaya ditangkap dan akan dibawa ke jabatan polis di Highland Park – tempat berlakunya insiden berkenaan.

Penangkapan itu menamatkan pemburuan suspek di seluruh kawasan Chicago selepas insiden tembakan itu menjejaskan sambutan Hari Kemerdekaan di seluruh wilayah itu.

Serangan berlaku ketika perarakan hampir tamat

Terdahulu serangan berlaku ketika perarakan itu sudah hampir menuju penamat menyebabkan orang ramai bertempiaran lari bagi menyelamatkan diri mereka.

Suspek dipercayai melepaskan tembakan dari atas sebuah bumbung di mana selaras raifal berkuasa tinggi ditemui oleh pihak polis.

Polis menyifatkan kejadian tembakan itu sebagai tindakan keganasan rambang.

Seramai lima orang yang kesemuanya individu dewasa maut di tempat kejadian, manakala mangsa keenam meninggal dunia di sebuah hospital.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.