fbpx
Now Reading
Lelaki di AS Dapat 3 Kepala Manusia Selepas Mengadu Kepada Majikan Tentang Isu Tempat Kerja [Video]

Lelaki di AS Dapat 3 Kepala Manusia Selepas Mengadu Kepada Majikan Tentang Isu Tempat Kerja [Video]

Ia terjadi apabila Wheatley membuat aduan mengenai situasi di tempat kerja yang mana dia terjumpa tikus sedang mengigit mayat yang disimpan dalam peti simpanan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini di pejabat atau tempat kerja, kita sebagai pekerja pasti akan melaporkan kepada ketua sebelum bertindak melakukan apa-apa.

Namun, lain pula dengan apa yang dialami oleh seorang lelaki di Chicago, Amerika Syarikat, apabila dia berhadapan saat mengerikan setelah membuat aduan kepada bosnya mengenai tempat kerja mereka.

Terima Tiga Kepala Manusia Setelah Buat Aduan Mengenai Tempat Kerja Kotor

Menurut Dale Wheatley, dia mendakwa menerima tiga kepala manusia setelah membuat aduan mengenai keadaan tempat kerjanya yang kotor.

Tempat tersebut merupakan pusat pendermaan mayat bagi tujuan kegunaan institusi perubatan.

Jumpa Tikus Gigit Mayat, Terima Aduan Mayat Rosak

Menurut peguam Wheatley, untuk tempoh lima tahun, keadaan tempat kerja anak guamnya menjadi semakin teruk.

Wheatley mendakwa dia terjumpa tikus sedang mengigit mayat yang disimpan dalam peti simpanan.

“Sebagai contoh apabila saya menarik mayat keluar daripada peti simpanan, kelihatan tikus sedang mengunyah bahagian bawah beg tersebut di kaki,” kata Wheatley.

Malah, situasi menjadi lebih teruk apabila institusi perubatan memulangkan semula mayat kerana keadaannya yang telah rosak.

Menurut Wheatley, seorang pengurus makmal sebuah universiti tempatan pernah membuat aduan mengenai keadaan mayat yang didermakan kepadanya.

Namun, Wheatley menasihati pengurus makmal itu agar memanjangkan aduan melalui email kepada dia dan pengurusnya William O’Connor.

“Lalat merayap di badan, anggota badan juga berkulat dan membusuk, malah pelajar juga menjadi sakit akibat terdedah dengan mayat semasa tempoh pembelajaran,” kata pengurus makmal terbabit menerusi e-mel berkenaan.

Pengurus Pusat Derma Menafikan, Anggap Tanggungjawab Pekerja

Setelah beberapa hari membuat aduan kepada bosnya, Wheatley dikatakan menerima tiga kepala manusia yang diletakkan di atas mejanya.

Mengesyaki ia merupakan balasan kepada aduan yang dibuat, Wheatley telah bertanya kepada majikannya mengenai tindakan seperti itu.

“Ketua saya berjalan di meja saya lalu saya bertanya kenapa kepala ini berada di atas meja saya. Dia berkata ‘saya tidak tahu, ada banyak perkara aneh yang berlaku’,” ujarnya yang kemudian membuat laporan polis.

Majikannya, O’Connor yang juga merupakan Naib Presiden pusat derma berkenaan bagaimanapun menafikan dakwaan dan tuduhan yang dibuat oleh Wheatley.

Malah, dia menganggap itu merupakan tanggungjawab Wheatley dalam melaksanakan tugasnya.

Menurut peguam Wheatley, pihaknya telah meminta satu siasatan dijalankan oleh Jabatan Perubatan, Pejabat Kesihatan serta Jabatan Kewangan dan Undang-Undang berhubung kejadian itu.

Namun, pihaknya tidak akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pusat derma berkenaan dengan harapan agar mereka sedar tentang kesalahan mereka.

Berdasarkan laman web rasmi Pusat Derma tersebut, pusat itu dikatakan bekerjasama dengan sekurang-kurangnya lapan institusi perubatan di negara tersebut serta mengamalkan prinsip ‘standard responsif, hormat, privasi dan keselamatan tertinggi’.

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.