fbpx
Now Reading
Jom Rasai Variati Makanan Dari Seluruh Dunia Di Pavilion Kuala Lumpur
Pavillion menawarkan pelbagai jenis makanan dari seluruh dunia

Jom Rasai Variati Makanan Dari Seluruh Dunia Di Pavilion Kuala Lumpur

Pavilion Kuala Lumpur kini menawarkan pelbagai jenis makanan daripada seluruh pelusuk dunia yang boleh didapatkan dengan rasa yang asli dengan promosi yang menarik.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Mengidam nak makan makanan dari luar negara? Jom kami bawa anda terbang bersama ke Pavilion, Kuala Lumpur, untuk merasai makanan dari seluruh dunia.

Sudah berlangsung sejak minggu lalu sehingga 24 Julai 2022, Pavilion menjemput anda untuk bersama-sama ‘mengembara’ ke seluruh dunia dengan kepelbagaian hidangan makanan dan promosi yang menarik di pusat membeli-belah tersebut.

Jom kami senaraikan apa makanan dari negara lain yang anda boleh dapatkan di Pavilion KL ini.

#1 Cafe Hops

Anda mungkin gemar bersantai di kafe, jadi kami ada beberapa senarai kafe yang pasti tidak akan menghampakan anda.

Harriston Chocolatier Cafe

Dari kopi ke koko semuanya menarik. Kafe ini menyediakan bom coklat dalam tiga jenis perisa iaitu ‘Classic Rich Milk Chocolate Bomb’, ‘Cookies & Cream White Chocolate Bomb’ dan ‘Dark Cacao Tea Chocolate Bomb’.

Selain itu, anda juga boleh nikmati kesedapan coklat cair tatkala anda menuang secawan susu panas ke atasnya, yang pasti membuatkan anda tidak terkata apabila menyuanya ke dalam mulut.

Anda juga dapat menikmati diskaun berjumlah RM5 dengan pembelian minimum RM50 dan keatas.

Lokasi: Pavilion Aras 3, Fashion Avenue

Artelier Coffee X Kitchen

Anda adalah pengemar kopi? Di sini adalah antara kafe yang wajib anda kunjungi kerana ramuan aromatik yang wangi dan lazat dengan gabungan ristretto iaitu kopi espreso pekat bersama susu sejuk.

Sementara itu, ‘Dirty’ and ‘Latte’ menggunakan bahan yang sama, namun ia disediakan dengan cara yang berbeza.

Kafe ini akan memberikan anda pengalaman yang baru terutama seni dalam minuman kopi. Jika anda seorang pengemar kopi kami syorkan anda untuk rasainya sendiri pengalaman di sini.

Lokasi: Pavilion, Aras 2

The Loaf

Lenyapkan ‘Monday blues’ anda dengan merasai ‘Hot and Cold Rose Latte’ di The Loaf. Anda akan dapat rasakan kemanisan sirap ros bersama dengan kopi sejuk khas mereka serta susu buih panas yang akan menjadikan hari anda lebih istimewa.

Ini kerana anda dapat menikmati pemandangan Jalan Bukit Bintang ketika sedang asyik menghirup air yang menyegarkan minda dan tekak anda!

Lokasi: Pavilion Aras 3 dan 4

#2 Hotpot

Adakah anda seorang yang sukakan makanan berasaskan hotpot? Jom tengok makanan yang berasaskan Hotpot yang ada disini.

Namun, buat mereka yang beragama Islam anda disarankan untuk menyemak status halal kedai tersebut disebelah ruangan nama yang kami sediakan di bawah.

Shu Guo Yin Xiang Hot Pot, Haidilao Hot Pot , Yuan Lao Si Hotpot (Tidak halal)

Dua restoran ini menawarkan hotpot yang lebih kepada stail makanan seperti Szechuan. Manakala Yuan Lao Si Hotpot pula menawarkan gaya Chongqing di mana anda dapat merasai dua perbezaan sambil anda menikmati daging segar serta sayur-sayuran dalam sup pedas.

Bukan itu sahaja, ia juga datang dengan sos pencicah yang dibuat sendiri di mana ia akan membangkitkan lagi kelazatan makanan anda.

Lokasi: Shu Guo Yin Xiang Hotpot, aras 6, Yuan Lao Si Hotpot, aras 4 dan Haidilao Hotpot aras 10, Elit.

Suki-Ya

Anda juga boleh menikmati hotpot gaya Jepun seperti di Suki-Ya. Di mana anda boleh memilih empat jenis sup asas yang sedap seperti Shabu-shabu (kuah konbu), Sukiyaki (kuah kicap manis), Sup Miso (kuah kacang soya yang ditapai) serta kimuchi (kimchi dan miso pedas).

Lokasi: Suki-Ya, Aras 6, Jalan Tokyo

Grand Imperial Hotpot & BBQ

Buat pengemar makanan laut pula, Grand Imperial Hotpot & BBQ menyediakan pelbagai makanan laut seperti udang raja laut, isi ikan kerapu gergasi, bebola sotong serta bermacam-macam lagi.

Lokasi: Grand Imperial Hotpot & BBQ, Aras 9, Elite.

#3 Dunia Manisan

Manisan merupakan salah satu makanan yang wajib anda rasai terutama jika berkunjung ke negara orang dan ia pasti akan meninggalkan memori yang sangat manis untuk anda ingati.

Nam Heong Vintage

Di sini kami bawakan pencuci mulut terkenal di kalangan masyarakat cina iaitu tart telur. Tart ini dibakar bermula jam 2.30 petang pada setiap hari. Tekstur tart ini rapuh di luar namun lemak manis dan berkrim di bahagian dalam sehingga tidak terkata kelazatannya.

Lokasi: Pavilion, Aras 7, Elit

Ocean Twe12ve

Manakala bagi pencuci mulut gabungan timur dan barat, anda boleh mencuba ‘Traditional Apple Jalousie’ yang diletakkan gelato berperisa Durian Musang King di atasnya pasti membuatkan anda teruja dengan keunikan rasa pencuci mulut ini.

Ia dibakar sehingga menjadi kerak dan gebu, pencuci mulut puff yang rangup ini adalah pencuci mulut yang kelihatan ekslusif dan mewah serta sangat sesuai bagi mereka yang ‘Instagrammable’ menyerlahkan lagi gambar di media sosial.

Lokasi: Pavilion, Aras 3

Al-Halabi Restoren Gourmet

Bagi mereka yang gemarkan pencuci mulut dari Turki anda boleh merasai Baklava berperisa pistachio. Di mana ia digulung dengan pastri dan di dalamnya dipenuhi dengan kacang pistachio dan direndam di dalam madu.

Kemudian, pencuci mulut ini dimakan bersama dengan kopi Turki yang menyegarkan sekaligus dapat meningkatkan tenaga anda.

Lokasi: Pavilion Aras 7, Dining Loft

Kakiyuki

Anda gemarkan sesuatu yang menceriakan dan juga melegakan? Rasai pencuci mulut semangkuk ais (ala-ala A.B.C) yang dihiasi dengan bebola tembikai segar, ‘cloud-like rose espuma’, buah-buahan sebenar tanpa rasa tiruan dan pekat.

Ia adalah pencuci mulut yang lebih sihat serta sesuai untuk melegakan tekak yang kering terutama ketika cuaca panas!

Lokasi: Pavilion, Aras 5

Nyonya Colors

Nyonya Colors menawarkan pelbagai jenis manisan di Malaysia yang berwarna-warni antaranya adalah satu kuih Onde Onde yang diperbuat daripada adunan tepung pulut, pandan serta diisi dengan gula melaka dan disaluti dengan kelapa parut segar.

Lokasi: Pavilion, Aras 1

#4 Terbaik di asia

Para Thai

Jika anda adalah seorang pengemar makananan Thailand, anda harus mencuba Phad Thai Goong Sod (Mi goreng ala Thai dengan udang) di Para Thai.

Mi ini akan memberikan anda beberapa gabungan manis, masam serta kerangupan taugeh yang dihiasi kacang tanah hancur serta serbuk cili untuk membangkitkan rasa pedas yang lazat.

Lokasi: Pavilion, Aras 1

K-Experience by KyoChon

Nikmati hidangan sajian makanan Korea di K-Experience by KyoChon. Buat anda yang bukan beragama Islam, kedai ini turut menawarkan minuman beralkohol seperti soju, bir dan juga koktel ekslusif.

Anda turut disyorkan untuk datang rakan-rakan dan mencuba sendiri ayam goreng kicap halia yang rangup serta menikmati hidangan sejuk yang menyegarkan Samaek, koktel bir yang dibuat dengan soju dan bir.

Lokasi: Pavilion, Aras 3

Two Sons Bistro

Anda boleh memilih lebih daripada 15 perisa kerang dan kupang yang unik hanya di Two Sons Bistro. Di sini anda boleh menemui pelbagai gabungan makanan antara asia dan juga barat dengan suasana yang menenangkan.

Lokasi: Pavilion, Aras 6

Barbeque Nation

Restoran ini membawa konsep barbeku di atas meja dan semuanya boleh dimakan dan ia merupakan salah satu cara yang terkenal di India. Menjamu seleralah dengan hidangan bufet dan makan sepuas-puasnya.

Mereka turut menawarkan pelbagai pencuci mulut yang bersesuai untuk anda sekeluarga.

Lokasi: Pavilion, Aras 9, Elit.

Wah, memang banyak pilihan makanan yang ada di Pavilion, Kuala Lumpur. Anda juga tidak perlu terbang jauh ke negara lain untuk merasai makanan mereka, semuanya ada di pusat membeli-belah ini.

Apa yang paling penting pasti rasanya akan membuatkan anda teruja dan rasa seperti sedang berada di luar negara dek keaslian makanan yang disajikan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.