fbpx
Now Reading
Cegah Kebakaran! Pastikan Anda Tutup Suis Mesen Penapis Air Sebelum Balik Beraya
Tutup Suis Elektrik Mesin Penapis Air Ketika Pulang Beraya Elak Kebakaran Berlaku

Cegah Kebakaran! Pastikan Anda Tutup Suis Mesen Penapis Air Sebelum Balik Beraya

Dalam keseronokan menyambut hari raya di kampung, pastikan anda tidak terlupa untuk menutup suis mesin penapis air bagi mengelakkan kebakaran.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tidak lama lagi umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidil Adha. Kami yakin pasti ramai yang sudah tidak sabar untuk menyambutnya bersama dengan keluarga tersayang di kampung.

Malah ada yang mengambil kesempatan ini untuk mengambil cuti panjang kerana meluangkan masa bersama ibu bapa di kampung atau bersiar-siar.

Seperti biasa apabila mahu meninggalkan rumah pasti kita sudah mempunyai beberapa senarai yang perlu dilakukan antaranya pastikan pintu dikunci, air ditutup dan paling penting adalah suis kerana bimbang jika berlaku perkara yang tak diingi.

Namun, sebenarnya sedarkah anda yang kita juga sering lupa untuk mematikan suis penapis air dan ia dibiarkan terbuka sewaktu ketiadaan anda di rumah untuk tempoh waktu yang lama dan perkara itu adalah sangat bahaya.

Fungsi pemanas elektrik tetap berjalan ketika bekalan air tiada menyebabkan risiko kepada kebakaran

Foto: FB PHM

Ini kerana, menerusi perkongsian Public Health Malaysia (PHM) di Facebook, fungsi mesin air tersebut tetap berjalan seperti biasa walaupun berlaku ketiadaan bekalan air. Keadaan ini jika berlaku mungkin boleh menyebabka kebakaran.

“Pesanan sebelum balik cuti raya. Perhatian kepada pengguna mesin penapis air (tidak mengira jenama), sekiranya tiada bekalan air, pastikan suis elektrik ditutup.

“Walaupun tiada bekalan air, fungsi pemanas elektrik tetap berjalan seperti biasa dan menyebabkan risiko overheating dan risiko kebakaran,” tulisnya dalam hantaran itu.

Tindakan awal dapat selamatnya nyawa dan harta benda

Tambahnya lagi, tindakan awal anda untuk memastikan keadaan rumah selamat sebelum meninggalkan rumah dapat menyelamatkan nyawa serta harta benda anda.

Oleh itu, adalah penting buat anda semua untuk memastikan suis mesin penapis air anda ditutup sebelum anda keluar meninggalkan rumah untuk pulang berhari raya.

Dalam kita seronok menyambut hari kemenangan jangan lupa untuk menjaga keselamatan rumah bak kata orang sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada guna.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.