fbpx
Now Reading
“Tanyalah Depan²” – Netizen Tak Gemar Tengok Anak Zahid Persoal & Kongsi Foto Wanita Tak Bertudung Di Mekah

“Tanyalah Depan²” – Netizen Tak Gemar Tengok Anak Zahid Persoal & Kongsi Foto Wanita Tak Bertudung Di Mekah

Perkongsian yang dilakukan Nurul di Instagram itu bagaimanapun menimbulkan rasa kurang selesa di kalangan pengguna Twitter.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Mereka yang mengikuti akaun media sosial anak perempuan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid bin Hamidi iaitu Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid pasti tahu yang beliau baru sahaja selesai menunaikan ibadah Haji baru-baru ini.

Boleh dikatakan Nurul memang kerap berkongsi foto-foto mengenai aktivitinya sepanjang berada di sana, baik bersama suami, Datuk Saiful Nizam Mohd Yusof mahupun bersama jemaah-jemah lain.

Namun sejak semalam (18 Julai), nama anak kepada bekas timbalan Perdana Menteri itu tiba-tiba menjadi topik hangat pengguna di laman Twitter.

Semuanya gara-gara satu perkongsian oleh Nurul di Instagram mengenai seorang wanita yang tidak memakai tudung sewaktu sedang menjamu selera di sebuah kafe di Mekah.

Menerusi perkongsian tersebut, Nurul meluahkan rasa terkejut dengan tindakan wanita berkenaan namun cubaannya untuk bertanya terus kepada wanita itu tidak diizinkan suaminya.

“Semalam saya di Starbucks ZamZam Tower, Mekah. Saya terkejut pertama kali menyaksikan di depan mata saya seorang wanita dengan selamba melepaskan tudungnya.

“Saya tak pasti dia beragama apa setelah Saudi membuka ruang ‘Tourists Visa’. Adakah agama lain dibenarkan masuk ke Tanah Suci Mekkah? Atau wanita ini sedang mengalami masalah mental?

“Wallahualam. Saya mahu bertindak bangun dan bertanya tetapi dihalang oleh suami,” tulisnya panjang lebar.

Perkongsian tersebut bagaimanapun menimbulkan rasa kurang selesa di kalangan pengguna Twitter.

Menurut seorang pengguna Twitter, Nurul tidak sepatutnya menghakimi orang lain di saat dia baru sahaja selesai mengerjakan ibadah Haji.

Ciapan tersebut kemudiannya menarik perhatian lebih ramai pengguna Twitter dengan majoritinya dilihat bersetuju dengan apa yang diperkatakan.

Ada yang merasakan Nurul sepatutnya terus bertanya kepada wanita berkenaan tanpa perlu memuat naik fotonya di media sosial dan ada juga yang berpendapat perbuatan itu hanya akan lebih menyebarkan aurat wanita berkenaan.

Malah ada segelintir yang menyifatkan perbuatan Nurul hanya untuk meraih perhatian orang ramai.

Tutup ruangan komen

Carian kami di Instagram Nurul bagaimanapun mendapati ruangan komennnya telah ditutup kepada orang ramai.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.