fbpx
Now Reading
“Jangan Aniaya Orang” – Video Rider Kena Sidai Dengan Pelanggan Masa Hujan Lebat Buat Ramai Kesian
Wanita tak sampai hati lihat rider tunggu pelanggan dalam hujan beri tempat berteduh

“Jangan Aniaya Orang” – Video Rider Kena Sidai Dengan Pelanggan Masa Hujan Lebat Buat Ramai Kesian

Tidak sampai hati melihat rider tersebut menunggu dalam hujan, wanita itu kemudian memintanya untuk berteduh di bawah bumbung rumah.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tidak dinafikan menceburi bidang kerjaya sebagai penghantar makanan bukanlah satu perkara yang mudah dan terpaksa berhadapan dengan cabaran dan risiko yang tinggi.

Adakalanya mereka terpaksa meredah cuaca yang tidak menentu seperti hujan lebat dan panas selain perlu melayan kerenah pelanggan. Namun, demi mencari sesuap nasi apa jua halangan sanggup diredahi yang penting ianya halal.

Tunggu pelanggan ambil makanan dalam keadaan hujan lebat

Terbaharu, tular sebuah video di TikTok yang dikongsikan oleh Naddy Ross memaparkan seorang penghantar makanan atau ‘rider’ yang terpaksa menunggu pelanggan di luar rumah dalam keadaan hujan lebat.

@naddyross

guys tolong la kalau order makanan time hujan tu ade common sense la sikit utk alert korang punya makanan tu dah out for delivery ke ape . semoga abang tu murah rezeki .

♬ original sound – 1% – 1%

Dalam video tersebut, kelihatan rider yang memakai baju hujan itu sedang menanti pelanggan yang membuat pesanan tersebut keluar dari rumah untuk mengambil makanan yang dipesan.

Rider tunggu hampir lima minit dalam hujan, pelanggan masih tak keluar

Namun, setelah hampir lima minit menanti pelanggan tersebut masih lagi tidak muncul sehingga dia terpaksa membunyikan hon untuk memberitahu kehadirannya di luar rumah.

Naddy yang tidak sampai hati dan kasihan melihat keadaan itu kemudian membuka gate pintu rumahnya dan meminta rider tersebut berteduh di bawah bumbung rumahnya.

“Tak sampai hati tengok”

“Aku tak sampai hati tengok dia hon sambil sorok-sorok telefon nak call pelanggar dalam hujan. Aku buka gate dengan payung aku suruh dia berteduh dulu bawah bumbung rumah aku.

“Sampai ke sudah pelanggan tak buka (pintu). Akhirnya aku agak HQ batalkan kot pesanan tu.

“Dia cakap terima kasih dekat aku terus gerak balik dalam hujan lebat tu,” kata Naddy.

Hanya mahu beri kesedaran kepada orang ramai

Naddy menerusi komennya turut memberitahu tujuan dia memuat naik video tersebut bukanlah untuk memburukkan jiran tetapi hanya mahu memberi kesedaran kepada orang ramai untuk sentiasa beringat dengan status pesanan yang dibuat lebih-lebih lagi sewaktu cuaca tidak menentu.

Rider terlibat tampil ucap terima kasih

Rider tersebut dalam masa sama turut meninggalkan komen di dalam video tersebut dengan mengucapkan terima kasih kerana memberikan tempat untuk berteduh.

Perkara itu kemudian dibalas oleh Naddy dengan mengucapkan maaf kerana hanya itu yang mampu dibantu.

Walau bagaimanapun, melihat di ruang komen rata-rata orang ramai turut berasa kasihan dengan rider tersebut dan menyifatkan adakalanya mereka tidak sampai hati untuk membuat pesanan makanan di waktu hujan lebat.

Ada juga penghantar makanan lain yang turut berterima kasih kerana memahami keadaan mereka.

‘Kalau hujan lebat sis tak sampai hati nak order, kesian dekat rider’

‘Terima kasih kak memahami kerja kami’

‘Sedihnya tengok kalau lah lepa balik dia demam’

‘Kesian dah lah hujan lebat’

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.