fbpx
Now Reading
Isu Dakwaan Tengking Di KLIA: JPA & Kesatuan Perkhidmatan Imigresen Berbalah Pendapat

Isu Dakwaan Tengking Di KLIA: JPA & Kesatuan Perkhidmatan Imigresen Berbalah Pendapat

Menurut JPA, Datuk Seri Mohd Shafiq sebenarnya menegur pegawai Jabatan Imigresen itu kerana telah melanggar prosedur pemeriksaan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak semalam (3 Ogos) kecoh di media sosial apabila Kesatuan Perkhidmatan Imigresen Semenanjung Malaysia (KPISM) mendakwa seorang pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah diherdik dan dilemparkan kata-kata kesat oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah di Kuala Lumpur International Airport (KLIA) pada pagi hari yang sama.

Menerusi kenyataan tersebut, KPISM mendakwa pegawai kanan mereka itu telah diperlakukan secara tidak profesioanal apabila diminta berdiri tegak dan dimarahi di khalayak ramai oleh KPPA hanya kerana tiada pegawai Imigresen yang ditempatkan di kaunter bilik VIP sewaktu ketibaannya di sana.

Dakwa KPPA mahu layanan VVIP

Malah mereka menyifatkan sikap KPPA yang mahukan layanan VVIP seolah-olah menampakkan sifat pentingkan diri sendiri selain tidak layak memegang jawatan tersebut.

KPISM turut mendesak Shafiq Abdullah untuk membuat permohonan maaf terhadap pegawai berkenaan dan kepada semua warga JIM secara amnya.

Video insiden turut tular selepas dikongsikan oleh seorang pengguna media sosial.

Tegur kerana pegawai JIM langgar prosuder pemeriksaan

Memandang serius apa yang berlaku, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kemudiannya tampil menafikan dakwaan tersebut dan menyifatkannya sebagai tuduhan tidak berasas.

Jabatan berkenaan menerusi satu kenyataan berkata, Mohd Shafiq sebenarnya menegur pegawai Jabatan Imigresen kerana telah melanggar prosedur pemeriksaan.

Menurut JPA, kakitangan JIM tidak menyemak dokumen perjalanan Mohd Shafiq dan delegasinya sebelum berlepas ke luar negara.

“Malahan mereka diarahkan terus ke kaunter pemeriksaan kastam untuk meneruskan perjalanan. JPA berpandangan bahawa ketidakpatuhan dalam menyemak dokumen imigresen seperti pasport adalah satu kesalahan yang serius di sisi udang-undang.

“Malah, pegawai yang tidak mematuhi peraturan imigresen ke luar negara boleh diambil tindakan tatatertib,” jelasnya lagi.

Turut nafi teguran dilakukan di hadapan orang ramai

JPA dalam masa sama turut menafikan teguran berkenaan dilakukan di khalayak ramai sebaliknya dilakukan dengan berhemah.

“Malah KPPA hanya menasihatkan pegawai supaya mematuhi peraturan dan membantu menyelesaikan isu-isu sedemikian dengan berhemah.

“Beliau juga mengesyorkan supaya perlunya pihak Imigresen di KLIA meningkatkan pematuhan prosedur operasi piawai (SOP) bagi mengelakkan sebarang ketidakpatuhan imigresen,” kata JPA dalam kenyataan tersebut.

Sehubungan itu JPA telah meminta agar kes ini disiasat oleh pihak berkuasa yang berkaitan.

Dalam perkembangan berbeza, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin memaklumkan pihaknya telah mengarahkan JIM agar menjalankan siasatan dalaman berhubung insiden yang terjadi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.