Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Baru-baru ini tular di media sosial apabila seorang wanita meluahkan rasa kekesalannya terhadap pihak sekolah yang bertindak memotong rambut anaknya dalam keadaan yang tidak memuaskan.
Kejadian yang berlaku di negara Indonesia itu melibatkan seorang kanak-kanak yang hanya berusia tujuh tahun.
Potong rambut tanpa beritahu ibu bapa dahulu
Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok oleh ibu kanak-kanak tersebut @reva.juliany, dia meluahkan rasa kesalnya terhadap tindakan seorang guru yang memotong rambut anaknya tanpa meminta izin atau berbincang terlebih dahulu.
Apa yang lebih dikesalkan apabila potongan tersebut dilakukan secara tidak kemas hingga meyebabkan bahagian tepi dan belakang rambut anakanya menjadi tobek sekaligus menyakitkan mata.
Baru mula bersekolah selama 8 hari
Menjawab persoalan yang dikemukan seorang netizen, si ibu menjelaskan bahawa rambut anaknya yang baru sahaja bersekolah selama lapan hari telah dipotong oleh guru terbabit tanpa mendapat kebenaran dari dia selaku ibu bapa.
Berjumpa dengan guru terbabit di sekolah
Enggan mendiamkan diri, wanita itu akhirnya mengambil keputusan untuk bersemuka dengan guru terbabit di sekolah anaknya bagi mendapatkan penjelasan.
Bagaimanapun, menerusi satu lagi hantaran video, kedengaran guru terbabit tidak mahu mengakui kesalahannya malah memberikan alasan terpaksa berbuat demikian selepas menerima aduan daripada pelajar lain mengenai rambut kanak-kanak tersebut.
Melihat di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial turut bersimpati terhadap nasib kanak-kanak terbabit dan ada juga yang memberikan pandangan mereka mengenai tindakan guru tersebut.