fbpx
Now Reading
PM Cabar Pecahkan Rekod Kebangsaan, Ganjaran RM20,000 Menanti Setiap Atlet

PM Cabar Pecahkan Rekod Kebangsaan, Ganjaran RM20,000 Menanti Setiap Atlet

Perdana Menteri turut berharap agar program sukan seumpama ini mampu membentuk lebih ramai atlet IPT yang berprestasi tinggi dan berminda juara.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Perdana Menteri, Datuk Ismail Sabri Yaakob bersedia memberi ganjaran yang tinggi kepada setiap atlet yang berjaya pecahkan rekod kebangsaan di temasya Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SUKIPT) 2022 di Tanjung Malim, Perak.

Kata Ismail Sabri, ganjaran wang tunai berjumlah RM20,000 akan diberikan kepada semua atlet yang memecahkan rekod kebangsaan tidak kira apa jenis sukan ketika bertanding pada temasya edisi kali kelima tersebut di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Foto: FB UPSI

PM cabar para atlet catat rekod kebangsaan

“Jadi, saya ingin mencabar para atlet yang bertanding dalam SUKIPT 2022, untuk mencatatkan rekod kebangsaan, tidak kiralah dalam apa jenis acara pun.

“Mereka yang berjaya kita akan bagi secara bersama wang tunai berjumlah RM20,000,” ujarnya ketika berucap pada majlis perasmian SUKIPT 2022 di Stadium UPSI semalam (14 Ogos).

Tambahnya, beliau turut berharap agar program seumpama SUKIPT ini akan membentuk lebih ramai atlet Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang berprestasi tinggi dan berminda juara.

Sementara itu, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Noraini Ahmad berkata, pihaknya yakin temasya seumpama SUKIPT mampu menjadi pemangkin kepada pembangunan sukan, bukan sahaja di IPT tetapi juga negara.

Foto: FB UPSI

Kemerlangan para atlet IPT mampu diasah untuk mewakili ke pentas yang lebih tinggi

“Justeru, bagi pihak kementerian, saya sangat berharap agar kecemerlangan yang dipamerkan oleh para atlet IPT akan diteruskan momentumnya di pelbagai podium sukan yang lain.

“Insya-Allah, KPT komited menggilap dan mengasah muka-muka baharu untuk mewakili negara ke pentas yang lebih tinggi seperti Sukan SEA, Sukan Asia, Sukan Komanwel dan juga Sukan Olimpik,” katanya.

Untuk info, sebanyak 70 kontinjen dari IPT awam, swasta, politeknik dan kolej komuniti yang membawa lebih 6,000 atlet telah mengesahkan penyertaan di temasya sukan edisi kali ini.

Sebanyak 21 acara bakal dipertandingkan dengan 210 pingat emas bakal direbut oleh kesemua atlet yang bertanding.

Foto: FB UPSI

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.