fbpx
Now Reading
Kecoh Isu Model Tidak Dibayar, Alicia Amin Buat Bantahan Di KLFW2022 [Video]
Alicia Amin buat bantahan di KLFW

Kecoh Isu Model Tidak Dibayar, Alicia Amin Buat Bantahan Di KLFW2022 [Video]

Tindakan yang dilakukan oleh model tersebut adalah bertujuan untuk membuat bantahan berhubung isu pembayaran yang belum dijelaskan oleh sebuah syarikat agensi model.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kuala Lumpur Fashion Week 2022 (KLFW2022) yang diadakan secara tahunan merupakan salah satu acara yang sering dinantikan oleh mereka yang berada di dalam industri fesyen.

Acara berprestij yang sedang berlangsung bermula dari 17 Ogos sehingga 21 Ogos di Pavilion Kuala Lumpur ini juga turut menarik perhatian orang ramai yang tidak sabar untuk melihat setiap busana yang diperagakan oleh model-model di situ.

Alicia Amin buat bantahan di KLFW 2022

Namun, apa yang mencuri tumpuan pada KLFW 2022 kali ini apabila tular satu video yang dikongsikan oleh pengguna di TikTok, Yelamango yang memaparkan tindakan seorang model, Alicia Amin yang sedang membuat bantahan di acara itu.

Menerusi video tersebut, kelihatan Alicia berdiri di hadapan pintu masuk pusat beli belah tersebut sambil memegang satu plakad berhubung isu pembayaran model yang belum dijelaskan oleh pihak penganjur.

“Semua model pada tahun ini perlu dibayar dalam masa sehari. Sesiapa yang masih menunggu bayaran bagi acara (KLFW) sebelum ini boleh tampil berjumpa saya,” tulis Alicia pada plakad tersebut.

Tindakan dihalang pengawal & dihalau

Malah dalam video itu tindakannya itu turut dihalang oleh pengawal yang berada di situ dan terdapat satu susuk tubuh yang kelihatan seperti sedang memujuknya untuk menghentikan perbuatan tersebut.

Perkara itu turut dikongsikan oleh Alicia menerusi hantarannya di InstaStory yang menunjukkan dirinya didatangi oleh pengawal serta polis bantuan untuk menghalaunya dari lokasi tersebut.

“Sudah pasti kena halau, tapi kita lakukan apa yang termampu,” katanya.

“Model KLFW pada tahun ini, beritahu saya jika bayaran tidak dimasukkan ke bank akaun anda dalam masa 24 jam selepas pertunjukkan dilakukan,” kata Alicia lagi dalam hantaran yang lain.

Memilih bergerak sendiri untuk buat bantahan kerana tidak mahu menjejaskan orang lain

Alicia dalam masa sama, turut menjelaskan bahawa dia sudah berkecimpung selama 12 tahun dalam dunia model dan telah penat dengan isu yang melibatkan soal pembayaran tersebut.

Malah, dia juga menjelaskan memilih untuk bergerak sendiri dalam melakukan protes itu kerana tidak mahu merisikokan karier serta reputasi orang lain.

“Saya sudah menjadi model selama 12 tahun. Saya sudah penat dengan isu ini. Saya bersendirian kera tidak mahu mempertaruhkan kerjaya atau reputasi orang lain.

“Saya boleh sahaja tidak bersetuju dan membantah dengan bayaran yang teruk tetapi masih menyokong pereka fesyen yang banyak membina kerjaya saya kerana kedua-dua entiti ini tidak sama,” jelasnya lagi.

Kata Alicia, dia tidak berhutang apa-apa dan bertindak melakukan perkara itu kerana masih teringat bagaimana takutnya dia sebagai seorang freelance yang cuba mendapatkan hak dan dalam masa sama masih diberi peluang untuk kekal di dalam bidang tersebut.

Foto: InstaStory Alicia Amin

Pernah suarakan isu ini dalam temubual dengan akhbar lain

Terdahulu, Alicia menerusi satu temu bual bersama Sinar Daily membangkitkan kembali isu pembayaran KLFW.

Dalam temubual itu, Alicia turut mendedahkan masih ramai model di luar sana yang belum mendapatkan bayaran mereka.

Dia turut memberitahu pada tahun 2013 selepas tidak mahu membayarnya selama lebih setahun, Alicia kemudian mengugut mahu menyaman syarikat tersebut dan pihak itu juga tidak mahu bekerjasama dengannya sehingga dia menjadi semakin dikenali pada 2019.

Pihak kami cuba menghubungi Andrew, pengasas KLFW untuk mendapatkan penjelasan, namun setakat ini belum menerima apa-apa balasan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.