fbpx
Now Reading
Gadis Komplen Beli Nasi Goreng Pattaya ‘Kureng’, Sekali Owner Restoran Buat Report Polis

Gadis Komplen Beli Nasi Goreng Pattaya ‘Kureng’, Sekali Owner Restoran Buat Report Polis

Menurut pemilik restoran berkenaan, isu ini telah menyebabkan dia terganggu selain ianya mengancam dan merosakkan reputasi kedai makannya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tidak dinafikan, pembelian makanan secara atas talian kini menjadi pilihan utama ramai rakyat Malaysia.

Namun memandangkan harganya sedikit mahal berbanding pembelian terus di kedai, ramai yang berharap juadah yang akan diterima memuaskan, sedap dan yang pastinya berbaloi dengan harga.

Namun sejak semalam tular di aplikasi TikTok luahan seorang gadis dari Alor Setar, Kedah yang menyifatkan Nasi Goreng Pattaya yang dibelinya dari sebuah restoran sebagai kurang memuaskan.

Menerusi video tersebut, gadis ini merasakan makanan yang diterimanya tidak lain seperti makanan untuk orang sakit.

“Kita order nasi goreng pattaya harga RM13 (termasuk caj delivery), tengoklah dapat nasi macam mana. Macam (untuk) orang yang ada penyakit,” luahnya di dalam video tersebut.

Difahamkan gadis ini kurang senang dengan penyediaan makanan berkenaan yang menurutnya lain dari Nasi Goreng Pattaya yang lain.

Luahannya itu bagaimanapun telah dipadamkan namun sempat disimpan dan dimuat naik oleh pengguna media sosial yang lain hingga tular dan sohor di semua platform media sosial.

Peka dengan kritikan tersebut, pemilik kedai berkenaan kemudiannya tampil membuat satu video balas. Menurutnya gadis itu sepatutnya merakam sebaik dia menerima makanan berkenaan dan bukannya berkongsi keadaaan juadah yang sudah tinggal separuh.

@ridzuan_abdunloh13 #stitch with @Zirah Rc ♬ original sound – Ridzuan Abdullah275

Menerusi ruangan komen dia meluahkan rasa kesalnya kerana wanita ini seharusnya memaklumkan perkara berkenaan terus kepadanya dan bukan dimuat naik di TikTok.

Penjelasan yang diberikannya bagaimanapun kurang disenangi netizen menyebabkan dia terus dikecam seolah-olah tidak dapat menerima kritikan.

Tidak berpuas hati dengan perkara tersebut, dia kemudianya membuat satu laporan polis. Jelasnya isu ini telah menganggu, mengancam dan turut merosakkan reputasi kedai makannya.

“Saya sudah pun membuat laporan polis. Saya tak pastilah sama ada dia tahu atau tidak tahu, ataupun buat-buat tak tahu bahawa perkara ini telah menganggu, mengancam, dan merosakkan reputasi kedai saya. Saya masih lagi tak terima maklum balas daripadanya. Jika hal ini berterusan, saya akan proceed ke next step lah. Terima kasih.”

@ridzuan_abdunloh13 Replying to @Aierilzam Mansor ♬ original sound – Ridzuan Abdullah275

Gadis mohon maaf

Enggan memanjangkan isu tersebut, gadis ini akhirnya membuat satu permohonan maaf di TikTok. Malah dia bertindak memadam semua video terdahulu yang berkait dengan isu berkenaan.

Rata-rata pengguna media sosial bagaimanapun merasakan isu ini hanyalah satu isu kecil dan sepatutnya boleh diselesaikan dengan cara baik tanpa perlu membuat laporan polis.

@zirahrc Replying to @Ridzuan Abdullah275 ♬ original sound – Zirah Rc

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.