fbpx
Now Reading
TikToker Dikecam Selepas Dakwa Wanita Pandai Buka Pintu Kereta Mewah ‘Dah Banyak Lelaki Pakai’ [Video]
lelaki dikecam

TikToker Dikecam Selepas Dakwa Wanita Pandai Buka Pintu Kereta Mewah ‘Dah Banyak Lelaki Pakai’ [Video]

Tindakan lelaki itu menyatakan wanita yang tahu membuka kereta mewah adalah seorang yang telah keluar dengan ramai lelaki kaya, telah membuatkan dirinya dikecam hebat oleh orang ramai.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Membuat andaian negatif pada seseorang atau secara pukul rata adalah satu perkara yang tidak baik.

Malah, ia juga boleh mengundang kepada pergaduhan antara orang ramai selain dikhuatiri akan menjadi satu normal baharu atau ikutan di kalangan masyarakat.

Baru-baru ini, kecoh di laman Twitter berhubung satu video tular memaparkan seorang lelaki yang menilai wanita hanya berdasarkan satu sudut sehingga mengundang kecaman ramai.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Tuai Rumah Kitai, individu itu menyatakan untuk mengetahui seseorang itu sudah keluar dengan banyak lelaki caranya sangat mudah iaitu hanya perlu memiliki kereta mewah.

Tahu buka pintu kereta mewah, wanita dah keluar dengan banyak lelaki kaya

Jelasnya, jika wanita itu tahu untuk membuka pintu kereta mewah tersebut tanpa perlu ditunjuk ajar, itu bermaksud wanita berkenaan sudah keluar dengan ramai lelaki yang kaya.

“Kalau nak tahu, macam mana nak kesan seorang perempuan yang dah banyak lelaki pakai.

“Senang je kita test dia pandai buka pintu atau tak pandai buka pintu. Kalau dia boleh buka pintu supercar kau tanpa tanya macam mana nak buka, maksudnya dia dah pernah keluar dengan ramai lelaki yang kaya-kaya.

“Tetapi semua lelaki kaya itu tak nak dia,” kata lelaki tersebut.

Minta orang ramai fikir kenapa wanita ditolak

Dalam video tersebut, dia turut meminta orang ramai untuk berfikir mengapakah wanita itu ditolak oleh lelaki kaya tersebut kerana ia jelas menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena pada wanita tersebut.

Dia bagaimanapun tidak bercerita dengan lebih mendalam tentang kenyataan yang diberikannya itu.

“Kenapa lelaki kaya tu tak nak dekat dia? Kena fikir eh.

“Masalahnya dekat perempuan, bukan dekat lelaki tu,” kata lelaki tersebut.

Undang kecaman ramai, tak setuju dengan lelaki tersebut

Video yang dimuat naik oleh individu berkenaan bagaimanapun telah mengundang kecaman ramai yang tidak bersetuju kerana menyifatkan wanita sebegitu rupa.

Malah turut ada yang berkata, wanita yang tahu membuka pintu itu mungkin mereka memiliki kereta mewah atau mempunyai keluarga dan rakan-rakan yang turut memilikinya.

Oleh itu, ia adalah sesuatu yang tidak adil sekiranya mahu menilai seseorang wanita itu adalah seorang yang ‘playgirl’ dengan hanya kerana pandai membuka pintu kereta mewah semata-mata.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.