fbpx

Tuntut Cerai Sebab Nafkah, Rupanya Suami Banyak Hutang Sebab Isteri ‘Demand’ Bersalin Hospital Swasta [Video]

Menurut lelaki itu, sebab utama dia memberi nafkah sedikit pada isterinya adalah kerana masalah hutang yang banyak yang didakwa berpunca daripada wanita itu juga.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap hubungan rumah tangga pasti akan berdepan dengan pelbagai dugaan. Ada yang berdepan masalah komunikasi, isu orang ketiga dan ada juga masalah wang ringgit.

Bagi yang mampu menempuh ujian ini, masjid yang dibina pasti akan berkekalan. Namun bagi yang gagal pula, sudah tentu penceraian adalah jalan terakhir yang ada bagi mereka.

Begitulah nasib yang menimpa sepasang suami isteri yang dilaporkan bakal bercerai kerana masalah nafkah seperti yang diceritakan seorang ustaz di media sosial.

Suami datang mengadu nasib dalam keadaan ‘kusut’

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di akaun TikTok @anasjmamaluddin85, lelaki yang dikenali sebagai Ustaz Anas itu menceritakan seorang suami yang datang mengadu nasib kepadanya dalam keadaan ‘kusut’.

Lelaki sedih dapat surat tuntutan cerai ketita di rumah

Menurut Ustaz Anas, lelaki terbabit sedih kerana mendapat surat tuntutan cerai daripada isterinya ketika dia berada di rumah.

Setelah diteliti oleh lelaki itu mengenai surat daripada mahkamah yang diterimanya, ternyata sebab tuntutan penceraian oleh isterinya adalah kerana pemberian nafkah yang sedikit.

Hutang banyak berpunca daripada si isteri

Menurut lelaki itu, sebab utama dia memberi nafkah sedikit pada isterinya adalah kerana masalah hutang yang banyak yang didakwa berpunca daripada wanita itu juga.

“Ustaz, saya tak mampu bagi banyak pada dia sebab hutang saya banyak, semua sebab dia juga.

Semua anak bersalin hospital swasta, atas ‘demand’ si isteri

“Semua anak lahir kat hospital swasta. Isteri saya nak begitu. Saya terpaksa buat personal loan yang banyak,” kata lelaki itu.

Apa yang lebih menyedihkan, lelaki itu menerima surat tuntutan cerai ketika sedang memasak yang terus menyebabkan dia hilang selera makan.

Penerangan mengenai nafkah yang harus difahami pasangan

Pada satu video berasingan, Ustaz Anas turut menjelaskan secara lebih mendalam mengenai nafkah setelah soalan itu diajukan kepadanya dalam ruangan komen.

“Nafkah merangkumi makan minum, tempat tinggal, pakaian, kebajikan dan kesihatan orang yang kita tanggung. Bagi seorang suami, dia tanggung isterinya, kemudian bagi seorang ayah dia tanggung anak-anaknya.”

Ustaz Anas

Di akhir video, Ustaz Anas turut menasihati agar pasangan suami isteri sentiasa berbincang mengenai kewangan keluarga dan jangan sesekali mementingkan diri sendiri.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.