fbpx
Now Reading
Founder Produk Kecewa, Beli Lamborghini Tapi Bonet Hanya Muat Sumbat Duit RM2 Juta [Video]

Founder Produk Kecewa, Beli Lamborghini Tapi Bonet Hanya Muat Sumbat Duit RM2 Juta [Video]

Menurut netizen, tindakan yang dilakukan founder tersebut seperti ingin menunjuk kekayaan yang dimiliknya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://twitter.com/MALAYSIAVIRALL/status/1588182602053464067?s=20&t=M3salgG9dxXxDtxjTADGuw

Sejak kebelakangan ini, rakyat Malaysia terutamanya generasi muda semakin berani menceburi diri dalam bidang perniagaan.

Namun, antara produk yang sering menjadi tumpuan adalah barangan kosmetik kerana ia dilihat lebih mudah untuk mendapatkan pelanggan selain faktor permintaan yang tinggi.

Buat founder dan ejen produk, pelbagai cara pemasaran digunakan agar branding dan produk jualan dikenali ramai, termasuklah dengan cara menunjuk aset kekayaan yang ada untuk meraih kepercayaan pembeli.

Founder tayang duit berjuta dalam bonet kereta

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial seorang founder produk kecantikan yang menunjukkan wang berjuta-juta ringgit disimpan di bonet kereta supercar miliknya.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di laman TikTok, wanita itu dilihat seperti memerli apabila bertanya sama ada berbaloi membeli sebuah kereta supercar jenis Lamborghini Huracan berwarna merah.

2 juta sumbat dalam bonet Lamboghini

“Hmm tak berbaloi betul, tengok la tu muat 2 juta je duit yang ayunieso bagi, nanti lagi 8 juta yang dia kena bayar Cikna nak letak mana,” tulisnya di kapsyen.

Pada video sama, founder produk kecantikan yang dikenali sebagai Cikna itu membuka ruangan bonet hadapan keretanya sambil menayang wang tunai berjumlah dua juta ringgit.

Netizen mohon SPRM dan LHDN siasat

Video tersebut turut tersebar di laman Twitter @MALAYSIAVIRALL, di mana rata-rata netizen meminta agar pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat wanita itu.

“Allah boleh tarik balik rezeki bila-bila masa saja” – Netizen

Meninjau di ruangan komen TikTok pula, rata-rata pengguna media sosial mengecam tindakan founder itu yang seolah ingin menunjuk kekayaan yang dimilikinya.

Pada masa yang sama, mereka turut mengingatkan founder tersebut bahawa kekayaan yang dimiliki itu hanyalah sementara dan boleh ditarik Allah SWT pada bila-bila masa.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.