fbpx
Now Reading
Buat Kenyataan Melampau, Zul Huzaimy Mohon Maaf Dakwa Ia Hanya Salah Faham [Video]

Buat Kenyataan Melampau, Zul Huzaimy Mohon Maaf Dakwa Ia Hanya Salah Faham [Video]

Menurut pelakon terbabit, video pendek mahu ‘sembelih kafir harb’’ itu hanya salah faham.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://twitter.com/_rezarazali_/status/1591465646705217537?s=20&t=IphPahyiXSe4L01K2Q1JlA

Baru-baru ini, tular di media sosial satu video berdurasi pendek memaparkan pelakon, Zul Huzaimy yang mengeluarkan kenyataan kontroversi ingin menyembelih golongan kafir harbi di Malaysia.

Perkongsian video tersebut telah mencetuskan perdebatan dan menimbulkan rasa kurang selesa di kalangan rakyat Malaysia.

Zul tampil mohon maaf secara terbuka

Terbaharu, Zul Huzaimy menerusi satu hantaran video di laman Instagram miliknya tampil memohon maaf secara terbuka atas kenyataan yang diberikannya sebelum ini.

Menurutnya, kenyataan yang mengatakan dirinya ekstremis apabila membuat kenyataan berkenaan adalah tidak tepat, sebaliknya dia meminta agar orang ramai mendengar semula video itu dalam versi yang lebih panjang.

“Saya ingin memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia, mungkin sudah salah anggap dengan apa yang saya ucapkan dalam klip yang sudah di edit seseorang. 

“Bila mana mengatakan saya ini terlalu ekstrem hingga mahu menyembelih non-Muslim di Malaysia,” katanya.

Wajib menjaga non-Muslim yang menyokong pemerintahan Islam

Menurutnya lagi, sebagai seorang Islam kita wajib menjaga golongan-golongan bukan Muslim yang sentiasa menyokong pemerintahan negara Islam dan tidak gemarkan perseteruan antara agama.

“Kepada saudara-saudara non-Muslim kita harus menjaga mereka kerana mereka ini menyokong pemerintahan negara kita sebagai negara Islam dan mereka baik. Wajib seorang pemimpin beragama Islam menjaga mereka, ini yang pertama.”

Kafir harbi yang dimaksudkan Zul Huzaimy

Tambah Zul Huzaimy yang terkenal dengan watak Spark, golongan bukan Muslim yang dimaksudkan di dalam video tular itu hanyalah merujuk kepada golongan “Kafir Harbi” dan bukannya “Kafir Zimmi” dan yang seangkatan dengannya.

“Yang kedua saya sebut ‘Kafir Harbi’, ini adalah musuh Islam yang nyata. Maksud saya di sini ialah non muslim yang benci Islam, suka perkauman dan buat hal sehinggakan tak benarkan azan di sesetengah tempat.”

Berkongsi lanjut, Zul Huzaimy turut menyatakan dirinya tidak menyokong kumpulan yang ektsrem terhadap kaum bukan Islam hingga ingin membunuh tanpa sebab.

“Saya pun tak menyokong kumpulan-kumpulan Islam yang ekstrem nak membunuh sesuka hati tanpa memikirkan undang-undang negara.”

Penjelasan Zul Huzaimy tidak diterima netizen

Namun, permohonan maaf dan penjelasan aktor berkenaan sukar diterima segelintir netizen kerana ia disifatkan agak melampau dan boleh memecah-belahkan perpaduan rakyat Malaysia.

“Zul tidak mewakili PAS dan PN” – Sanusi

Foto: malaymail

Sementara itu, Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menyifatkan kenyataan yang dikeluarkan pelakon terbabit tidak mewakili PAS mahupun Perikatan Nasional (PN).

Kata Muhammad Sanusi, dia bukan sahaja tidak mengenali Zul malah lelaki terbabit juga bukanlah ahli PAS.

 “Siapa Zul Huzaimy? Saya tidak mengetahui tentang perkara ini (kenyataan kontroversi Zul) dan tidak dimaklumkan apa-apa. Mungkin ada individu yang cuba sabotaj kempen Pas. Jika benar kenyataan itu dikeluarkan, ia salah.

“Kenyataan itu amat sentitif dan individu yang mengeluarkan kenyataan tersebut boleh ditangkap,” katanya ketika ditemui media selepas hadir dalam Ceramah Jelajah PN Best di Perak malam tadi  (10 November).

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.