fbpx
Now Reading
“King Baharu”- Kereta Ativa Naik Atas Bahu Jalan Undang Ketawa Ramai [Video]
Ativa king

“King Baharu”- Kereta Ativa Naik Atas Bahu Jalan Undang Ketawa Ramai [Video]

Perkongsian itu bagaimanapun telah membuatkan ramai terhibur sehingga mengelarkan Ativa adalah ‘King’ terbaharu selepas Myvi.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Perodua Myvi merupakan salah satu kereta yang paling banyak digunakan di Malaysia.

Bukan sahaja mempunyai harga yang berpatutan tetapi kenderaan ini juga turut popular dengan gelaran ‘King’ kerana segelintir sikap pemiliknya yang gemar membuat onar di jalan raya.

Aksi sebuah kenderaan undang perhatian ramai

Namun gelaran itu seperti sudah bertukar takhta apabila baru-baru ini, tular satu video di TikTok dikongsikan oleh Calvin memaparkan aksi sebuah lagi berjenama Perodua di jalan raya sehingga mengundang perhatian ramai.

Menerusi video tersebut kelihatan kenderaan jenis Perodua Ativa (SUV) itu telah memanjat ke atas bahu kiri jalan demi melepasi satu jalan yang sesak dipercayai di Kepong, Selangor.

Malah keadaan itu turut membuatkan kenderaan tersebut kelihatan seperti tidak seimbang sebelum ia diturunkan secara perlahan-lahan.

Ramai terhibur & gelar ia sebagai King baharu selepas Myvi

Meninjau di ruangan komen, rata-rata orang ramai turut terhibur melihat kenderaan itu dan menyatakan perodua Ativa itu adalah ‘King’ terbaharu selepas Myvi.

Tidak kurang juga ada yang mengandaikan pemandu tersebut adalah pengguna Myvi sebelum ini.

‘Adik beradik perodua ni memang buat hal betul lah’

‘Tuan-tuan dan puan-puan Ativa adalah king yang terbaharu’

‘Nak marah tapi adik beradik king jadi biar jelah’

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.