
PRU15: Pemimpin PH & BN Buat Rundingan Secara Tertutup Di Hotel Seri Pacific [Dikemaskini]
Kedua-dua gabungan parti BN dan PH itu bertemu untuk menentukan calon perdana menteri sebelum ‘deadline’ yang ditentukan oleh Agong sebelum jam 2 petang ini.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sejak jam 9 pagi tadi, kelihatan beberapa pemimpin Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) telah hadir di Hotel Seri Pacific untuk menamakan calon Perdana Menteri perlu diputuskan sebelum jam 2 petang seperti yang ditetapkan oleh Yang Di-Pertuan Agong.
Walau bagaimanapun, agenda mesyuarat itu tidak didedahkan apabila ditanya oleh rakan-rakan media yang berada di kawasan berkenaan ketika itu.
Kelihatan beberapa ahli parti BN dan PH di Hotel Seri Pacific
Kelihatan beberapa ahli parti BN turut hadir antaranya Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Setiausaha Agong Umno Datuk Seri Ahmad Maslan, Ketua UMNO Sungai Besar Datuk Seri Jamal Yunos, dan Ketua BN Sabah Datuk Seri Bung Mokhtar.
Manakala bagi pihak PH pula, kelihatan Pengerusi PH yang juga Ahli Parlimen Tambun Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ahli Parlimen Kota Raja dan Ketua Amanah Mohamad Sabu, dan Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dilihat tiba di hotel tersebut.
Jamal Yunos juga memaklumkan kepada pemberita bahawa beliau hanya datang untuk menikmati sarapan di hotel dan akan menyerahkan kepada pemimpin parti untuk memutuskan sama ada mereka akan menyertai Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN), atau menjadi pembangkang.
Semasa sidang media, Pengerusi BN dan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan terdapat 26 ahli Parlimen BN di hotel itu manakala dua lagi Ahli Parlimen tidak hadir disebabkan masalah kesihatan.
Sebarang surat yang ditandatangani oleh Ahli Parlimen untuk sokong calon PM tak sah
Beliau turut menyatakan sebarang surat yang ditandatangani oleh Ahli Parlimen menyokong mana-mana calon Perdana Menteri adalah tidak sah.
Dalam pada itu, beliau juga menjelaskan sebarang dakwaan bahawa BN bekerjasama dengan mana-mana parti politik atau menyokong mana-mana calon Perdana Menteri adalah palsu.
Beliau berkata 30 ahli parlimen BN itu terikat dengan keputusan kepimpinan BN dalam perkara itu.
Baca artikel berkaitan: The Plot Thickens: Zahid Says BN Never Discussed Forming Government With PN, GPS
Zahid Hamidi juga meminta lebih masa daripada Speaker Dewan Rakyat.
Speaker, Tan Sri Azhar Azizan Harun, memberi tempoh sehingga 2 petang hari ini kepada pemimpin parti politik untuk mengisytiharkan pakatan mereka dan bagi mana-mana perikatan yang mempunyai kerusi majoriti di Parlimen untuk memilih Perdana Menteri.
Ahli Parlimen Sembrong dan Bendahari BN Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata beliau tetap dengan penolakannya terhadap Anwar dan DAP, serta rela untuk dirinya dipecat dari UMNO.
— Hishammuddin Hussein 🇲🇾 (@HishammuddinH2O) November 21, 2022
Caretaker PM Ismail Sabri also arrived at Seri Pacific hotel . It’s a party decision not just the president alone . On agenda is whether BN should throw their support to PH to form the next government . This is intense ! https://t.co/FKYtgWLNxd pic.twitter.com/Zl0in7g4Vc
— Melissa Goh (@MelGohCNA) November 21, 2022
UMNO’s Ismail Sabri and Azalina Othman have just arrived at the Seri Pacific Hotel.
— BFM News (@NewsBFM) November 21, 2022
Also spotted were Johari Ghani and Shamsul Anuar.
Earlier, Ahmad Maslan confirmed that 30 BN MPs are arriving for the meeting with PH leaders, but did not confirm what was going to be discussed. https://t.co/TShgJxd8UW pic.twitter.com/QAYREVA8WC
At 10.08am, @weekasiongmp arrives. pic.twitter.com/8iJ93lPBij
— TheVibes.com (@thevibesnews) November 21, 2022
At 10.50am, @AdamAdli arrives at the Seri Pacific Hotel. pic.twitter.com/NXIFrBBdB9
— TheVibes.com (@thevibesnews) November 21, 2022