Ramai Sebak Lihat Bapa Ambil Skrol Arwah Anak Ketika Majlis Konvokesyen [Video]
Menerusi video yang dikongsikan turut kelihatan si bapa mengesat air matanya yang mungkin sebak kerana mengenangkan anak yang sudah pergi menghadap ilahi.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Setiap pelajar yang bergelar graduan pasti tidak sabar untuk menanti majlis konvokesyen kerana mahu meraikan kejayaan tersebut bersama ibu bapa dan rakan-rakan selepas berhempas-pulas dalam melakukan yang terbaik.
Malah, di hari bahagia ini juga kita dapat melihat wajah ibu bapa yang gembira dan bangga atas kejayaan yang telah dikecapi oleh anak mereka.
Bapa ambil sijil di hari graduasi anak buat ramai tersentuh
Namun keadaan ini sedikit berbeza buat seorang bapa ini apabila kejayaan itu tidak dapat disambut dengan anak kesayangannya sehingga mengundang perhatian ramai.
Menerusi satu video dikongsikan oleh Azxparfum di TikTok, kelihatan seorang bapa yang naik ke atas pentas untuk mengambil sijil arwah anaknya dalam Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Kelantan.
Kelihatan bapa mengesat air mata
Mungkin tidak dapat menahan sebak, kelihatan si bapa yang turut diiringi seorang petugas dilihat mengesat air mata sejurus selesai mengambil sijil tersebut.
Azxparfum yang juga dikenali sebagai Bro Wangi turut menyatakan bahawa dia pasti satu dewan turut berasa sedih dan sebak dengan pemergian anak pak cik tersebut.
Malah dia turut menyifatkan arwah merupakan seorang pelajar cemerlang.
“Ya Allah sebaknya rasa ambilkan anugerah anak yang sudah tiada. Pakcik kena kuat okay. Anak pak cik mesti baik orangnya, sebab tu Allah nak jemput dia dulu.
“Yang mana masih ada ibu, ada ayah. Jagalah mereka dengan baik, sayangi mereka,” katanya dalam video tersebut.
Dia dalam masa sama turut berdoa agar Allah SWT merahmati anak pakcik tersebut dan menempatkannya di kalangan orang yang beriman.
Meninjau di ruangan komen, ramai yang turut tersentuh dan sebak melihat keadaan pakcik tersebut selain mendoakan agar arwah ditempatkan disyurga.