fbpx
peniaga tegur pelanggan

“Elok-Elok Sikit Perangai,” – Peniaga Tegur & Halau Pelanggan Lepas Usik Makanan Guna Tangan [Video]

Tindakan peniaga itu bagaimanapun mengundang rasa kurang senang orang ramai yang menyifatkan dia seperti sedang menutup punca rezekinya sendiri.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Menjadi seorang peniaga bukanlah suatu perkara yang mudah, khususnya jika menjual makanan.

Ini kerana banyak perkara perlu dititikberatkan seperti kebersihan, kualiti makanan yang disediakan serta banyak lagi.

Malah bukan itu sahaja, sebagai peniaga juga kita perlu bersikap profesional dan rasional dalam berdepan dengan kerenah pelanggan.

Peniaga tegur pelanggan sehingga menjadi perhatian ramai

Baru-baru ini, tular satu video di TikTok yang dikongsikan oleh seorang individu memaparkan aksi seorang peniaga yang bertindak menegur pelanggannya sehingga mendapat perhatian ramai.

Menerusi video tersebut, peniaga yang pada ketika itu sedang membungkus makanan sambil tampil secara live di media sosial telah menegur pelanggannya agar tidak memegang makanan yang dijualnya dengan menggunakan tangan.

“Kak minta maaf jangan pegang dengan tangan guna penyepitlah saya meniaga. Jangan pegang, jangan pegang sebab kita meniaga ni makanan kak.

“Ha akak elok-elok sikit perangai nah (ya),” tegur peniaga wanita itu.

Tidak lama selepas itu kedengaran pelanggan berkenaan kemudian menjawab sekiranya hendak menegur tidak perlu untuk berkata ‘elok-elok lah perangai’ dan menyatakan bahawa dia tahu tindakannya itu salah.

Malah dia ada bertanya, ‘Kenapa tak letak di situ’ dipercayai merujuk kepada penyepit yang tidak diletakkan pada tempat yang sepatutnya.

Minta beredar dan sifatkan pelanggan membuat provokasi di kedainya

Dalam satu lagi video yang dimuat naik oleh individu berlainan, peniaga itu kemudian meminta agar pelanggan tersebut pergi dari kedainya kerana telah membuat provokasi.

Dia dalam masa sama turut menyatakan akan menghubungi polis sekiranya pelanggan itu tidak beredar dari kedainya dan memaklumkan dia tidak mahu menjual makanannya kepada individu berkenaan.

“Mula kita okay je dengan pelanggan. Tiba-tiba perempuan ni saja tau dari awal tanya soalan entah apa-apa.

“Pelanggan itu berulang kali pegang ayam goreng. Salahkah saya beri amaran pada dia?” jelas peniaga itu lagi.

Meninjau di ruangan komen, ramai yang mengecam tindakan peniaga tersebut dan menyifatkan dia sedang menutup periuk nasi sendiri.

‘Rajin pula polis nak layan aduan dia’

‘Macam tu kau layan pelanggan?’

‘Macam tu je dia cakap dengan pelanggan’

‘Macam ni punya orang pun ada.. adoii’

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.